Apakah perbezaan rasuk, alang dan galang (untuk rumah)? Apakah istilah 'support beam' dalam bahasa? | Menurut Kamus Seni Bina terbitan DBP tahun 2016, huraian yang berikut diberikan untuk rasuk, alang dan galang: i. Rasuk = Struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berperanan untuk menanggung beban khususnya daripada lantai. Rasuk juga boleh dipasang pada bahagian lain seperti dinding dan bumbung. ii. Alang = Elemen struktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berfungsi untuk menanggung beban khususnya daripada bumbung. iii. Galang = Struktur melintang di antara tiang yang berfungsi untuk menyokong beban yang berat bagi sesuatu binaan yang mempunyai rentangan panjang. Galang terletak di bawah rasuk dan turut berfungsi untuk mengukuhkan struktur tiang. Untuk makluman, berdasarkan rekod kami, belum ada Istilah dalam bahasa Melayu untuk <i>support beami>. Namun kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk <i>support beami> ialah rasuk sokongan. | Istilah | 01.05.2017 |
Apakah maksud peribahasa alang bodoh, menanggung rasuk? Terima Kasih. | Frasa "alang bodoh, menanggung rasuk" tidak ada dalam sumber rujukan kami. Apakah benar frasa ini adalah peribahasa kerana tidak ada dalam senarai Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Lain-lain | 21.08.2011 |
Apakah perkataan dalam bahasa melayu bagi istilah 'haunch', 'eaves', rafter' & 'raft' yang digunakan dalam bidang kejuruteraan awam? | 1. Dalam data kami, terdapat istilah haunch (road) dan padanan bahasa Melayu bagi haunch (road) ialah rasuk (jalan) yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. 2. Perkataan eaves dalam bahasa Melayu ialah cucur atap. 3. Perkataan rafter dalam bahasa Melayu ialah kasau. 5. Manakala perkataan bahasa Melayu untuk raft pula ialah rakit. Puan boleh rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2014 |