Assalamualaikum dan salam sejahtera, Untuk penggunaan perkataan 'Rasul', 'rasul' atau 'Rasul'? Contoh: Allah dan Rasul... atau Allah dan rasul? Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam. Penulisan yang betul ialah Allah SWT dan Rasulullah SAW atau Allah dan Rasul. | Ejaan | 09.12.2014 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'rasul'. 'Rasul' atau 'rasul'? Terima kasih. | Waalaikumsalam. Perkataan "rasul" dieja dengan huruf kecil (Kamus Dewan Edisi Keempat), kecuali "Rasulullah" yang dieja menggunakan huruf besar bagi "R". | Tatabahasa | 14.01.2015 |
ejaan maulidul rasul, sama ada maulidur atau maulidul? | Ejaan yang betul ialah Maulidur Rasul. | Ejaan | 02.07.2013 |
assalamualaikum. soalan saya, Kata ganti diri ketiga untuk tuhan iaitu '-Nya' dieja dengan tanda sengkang atau tidak? Yang mana satu betul: Allah dan Rasul-Nya atau Allah dan RasulNya dan apakah sebab-sebabnya? | Apabila huruf kecil ditulis bersama-sama dengan huruf besar, tanda sempang digunakan seperti dalam perkataan Allah dan Rasul-Nya. | Ejaan | 07.04.2008 |
Salam, saya sedang menonton anugerah maulidur rasul di tv1, soalan saya.. 1) Pengacara Majlis menyebut " mantan Prof Madya di UM" adakah ini bermaksud jawatan Prof Madya akan luput setelah bersara? 2) Dinyatakan juga gelaran salah seorang calon penerima anugerah "Engku Tan Sri Dato' Seri" mengapa gelaran Engku dihadapan Tan Sri. Adakah jika seseorang itu memiliki gelaran begitu semua gelaran tersebut perlu dinyatakan di dalam surat menyurat..? Sekian terima kasih, diharap kemusykilan ini terjawab. | 1. Profesor Madya atau Profesor adalah jawatan dalam perkhidmatan. Oleh itu, sebutan 'mantan Profesor Madaya' adalah betul untuk seseorang yang telah bersara daripada perkhidmatan atau telah meninggalkan jawatan tersebut. 2. Susunan yang betul mengikut protokol ialah: gelaran (yang tertinggi) - jawatan - nama, contohnya Tan Sri Profesor Dr. Tengku Awang Tengku Salleh. Walau Bagaimanapun penerima gelaran dibenarkan untuk memilih yang disukainya sama ada mendahulukan gelaran, jawatan atau namanya, begitulah seperti nama "Engku Tan Sri Dato' Seri". | Tatabahasa | 15.02.2011 |
assalamualaikum/ salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan kepastian adakah perkataan bahasa Arab bagi senarai nama nabi dan rasul, perlakuan solat, dll dalam ejaan Bahasa Inggeris sama dengan ejaan dalam Bahasa Melayu? Adakah terdapat satu standard ejaan bagi perkataan dalam bahasa Arab yang telah dialihbahasa kepada Bahasa Inggeris? | Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, terbitan DBP merakamkan ejaan (Rumi dan Jawi) perkataan yang diambil daripada Kamus Dewan dan beberapa buku istilah. Panduan mengeja perkataan pinjaman termasuklah kata pinjaman daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris diterangkan dalam buku ini. | Ejaan | 19.10.2011 |
SAYA INGIN MENGETAHUI DEFINISI WAHYU | Maknanya ialah firman (kalam) Allah yg dibacakan kpd nabi dan rasul-Nya yg disampaikan sama ada melalui malaikat (Jibril) ataupun tanpa melaluinya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 23.11.2009 |
Betulkah penggunaan "demi" di bawah: 1. Saya datang ke sini demi mencari Abu Jahal, musuh Allah dan rasul-Nya. | Penggunaan perkataan "demi" dalam ayat yang dinyatakan adalah betul. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
1. Yang mana lebih tepat: Dakwah Merentasi Etnik atau Dakwah Merentas Etnik? 2. Nabi Musa a.s. salah seorang rasul ululazmi. Sewaktu baginda mendakwahi Firaun...Soalan saya: baginda dalam ayat tersebut seharusnya ditulis sebagai Baginda atau baginda? Terima kasih | Merentas etnik lebih tepat. | Lain-lain | 17.07.2019 |
Perkataan mukjizat boleh digunakan dalam konteks agama Kristian? | Mukjizat bermaksud kejadian luar biasa kurniaan Allah kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran mereka. Ini bermakna, mukjizat merujuk kepada ajaran agama Islam. Untuk itu, tidak boleh digunakan untuk agama Kristian. | Lain-lain | 04.10.2015 |