Jelaskan penggunaan kata ganda rata-rata. Adakah ayat berikut betul? Rata-rata pelajar di sekolah itu terdiri daripada bangsa Melayu. Adakah penggunaan yang di awal ayat tergolong dalam ayat yang gramatis, contohnya yang berikut manakah kata kerja transitif? | Ayat rata-rata pelajar di sekolah itu terdiri daripada bangsa Melayu betul. Rata-rata bermaksud pada umumnya. Penggunaan yang (kata hubung relatif)di awal ayat gramatis. Contoh, Yang indah itu bahasa; Yang berikut, manakah kata kerja transitif? | Tatabahasa | 12.05.2008 |
Saya dapati rata-rata pengguna bahasa Melayu menggunakan perkataan "one-off" secara italic dan tidak memberi padanan dalam bahasa Melayu. Didapati dalam istilah PRPM disebut one-off budget sebagai belanjawan sekali beri. Adakah padanan bahasa Melayu bagi "one-off" iaitu "sekali beri" telah mantap dan boleh digunakan dalam penggunaan rasmi? | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "one-off" iaitu sekali beri merupakan istilah standard yang telah ada dalam data kami dan boleh digunakan dalam konteks rasmi. | Istilah | 30.03.2020 |
Saya mendapati rata-rata akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk atau subtajuk. Hal ini secara tak langsung menggalakkan orang ramai tidak perlu menggunakan imbuhan dalam penggunaan bahasa mereka. Bukankah DBP diberi mandat untuk memantau dan menegur pengguna bahasa yang tidak gramatis? Akhbar yang mempunyai pelbagai fungsi haruslah menjadi contoh yang baik dalam aspek menegakkan bahasa kebangsaan dan bukannya mencemarkan bahasa semata-mata untuk menjimatkan ruang. | Terima kasih atas pandangan saudara. Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa memantau penggunaan bahasa oleh masyarakat khususnya penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik dan seterusnya memberikan khidmat nasihat bahasa tentang penggunaan yang betul melalui pelbagai saluran seperti khidmat bahasa dalam talian, melalui telefon, faksimile dan juga kunjungan. | Lain-lain | 29.05.2008 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, rata-rata masyarakat Melayu amnya menggunakan istilah 'mudim' bagi tukang sunat..Kebanyakan entri dalam Intenet juga menggunakan istilah 'mudim'. Tetapi, di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan yang betul ialah 'mudin'..Jadi, bolehkah saya tahu asal usul perkataan 'mudin' itu sendiri? Terima kasih. | Pihak kami tidak ada maklumat berkenaan etimologi perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh merujuk Kamus Etimologi Bahasa Melayu, terbitan Fajar Bakti tahun 1997. | Lain-lain | 02.05.2013 |
saya ada pertanyaan tentang istilah Hari Raya. Rata-rata semua sedia maklum perkataan 'Aidilfitri' dieja sedemikian. Namun, jika dilihat daripada istilah asal Bahasa Arab, agak sedikit berbeza, iaitu Eid-ul Fitr. Malah, jika dilihat Bahasa Indonesia juga dieja sebagai Idul Fitri. Mohon penjelasan. Terima kasih." | Perkataan "Aidilfitri" telah mantap penggunaannya dalam wacana bahasa Melayu. Penggunaan Eid-ul Fitr atau Idul Fitri oleh sebilangan pengguna merupakan proses biasa dalam kalangan pengguna bahasa moden seperti bahasa Melayu yang akrab dengan istilah serumpun dan konteks penggunaannya (agama/bahasa Arab). | Istilah | 04.08.2014 |
Dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, rata-rata orang menyebut “booth pameran”. Sebutan ini tergolong dalam konsep sekerat ular, sekerat belut. Apakah ungkapan yang sesuai/tepat untuk “booth pameran”? | Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "booth" ialah pondok, bilik, ruang, petak dan gerai. Oleh itu, dalam konteks Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, istilah yang sesuai ialah ruang atau petak. | Istilah | 09.05.2012 |
Soalan terperinci saya - Mengenai istilah penggunaan perkataan TRET iaitu rata-rata pengkaji menggunakan istilah Personaliti TRET atau dalam bahasa inggeris Personality Traits. Justeru, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk membantu saya samada perkataan tersebut boleh digunapakai atau tidak. Terima kasih | Perkataan "Traits" dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan kepada "ciri" dalam bahasa Melayu. | Istilah | 29.08.2019 |
Setiap Pengakap di peringkat negeri mempunyai ketua pengakap yang berjawatan Ketua Pesuruhjaya Negeri. Di peringkat negara diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang rata-rata nemggunakan National Chief Commissioner dalam bahasa Inggeris. Soalan: Apakah perkataan yang sesuai untuk Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dalam bahasa Inggeris? Adakah State Chief Commissioner atau Chief State Commissioner? Terima Kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka hanya memberi nasihat bahasa untuk bahasa Melayu sahaja. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.04.2018 |
Salam tuan/puan/cik. Saya sedikit keliru: Adakah perkataan menteri besar nama khas? Perlu ditulis setiap masa menggunakan perkataan Menteri Besar atau bolehkah ditulis menteri besar bila dibuat ayat? Ini kerana rata-rata dalam khidmat nasihat DBP menggunakan perkataan Menteri Besar, huruf besar didepan Yang mana betul apabila dibuat ayat: 1. Sesi bergambar bersama mantan-mantan menteri besar 2. Sesi bergambar bersama mantan-mantan Menteri Besar | Perkataan "Menteri Besar" dieja dengan huruf besar kerana merujuk kepada nama jawatan. Ayat yang betul: Sesi bergambar bersama mantan-mantan Menteri Besar. | Lain-lain | 10.04.2019 |
Assalamualaikum, Saya ada dua soalan mengenai adverba. Apakah persamaan dan perbezaan binaan frasa adverba dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris? 2. Apakah perbezaan binaan frasa adverba dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris? saya amat keliru mengenai adverba, dan rata-rata pelajar juga keliru dengan adverba kerana dalam Tatabahasa Dewan, hanya terdapat kata adverba dibawah kata tugas.Manakala, berdasarkan Nahu Melayu Mutakhir hanya menceritakan frasa adverba. bagaimana sebagai seorang pelajar untuk menerima dengan sebenar-benarnya mengenai binaan dan fungsi frasa adverba agar tidak terkeliru. Mohon penjelasn. Terima Kasih. | Buku Tatabahasa Dewan merupakan tatabahasa pegangan Kementerian Pendidikan Malaysia yang merakamkan sistem bahasa Melayu yang merupakan salah satu korpus utama bahasa Melayu. Mengikut Tatabahasa Dewan, kata adverba tidak perlu dan tidak tepat bagi bahasa Melayu. Konsep kata adverba membawa pengertian bentuk kata yang berfungsi menerangkan kata kerja dalam predikat. Misalnya: Dia berjalan dengan cepat. Air sungai itu mengalir tenang. Kata-kata seperti cepat dan tenang menjadi unsur keterangan kepada kata kerja. Namun, dalam bahasa Melayu, unsur keterangan tidak hanya terbatas pada menerangkan kata kerja kerana predikat ayat dalam bahasa Melayu boleh terdiri daripada struktur-struktur lain, iaitu frasa nama(FN), frasa adjektif(FA) dan frasa sendi nama(FSN). Misalnya: Pegawai itu sibuk selalu. Mereka ke Johor Bahru dengan segera. Dalam ayat di atas, selalu dan dengan segera masing-masing menerangkan frasa adjektif sibuk dan frasa sendi nama ke Johor Bahru, iaitu predikat ayat. Konsep adverba tidak dapat digunakan dalam keadaan ini kerana tidak ada kata kerja yang terlibat. Golongan kata adverba sesuai dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Inggeris yang mempunyai satu struktur predikat iaitu, frasa kerja. Bagi bahasa Melayu yang mempunyai empat struktur frasa predikat, istilah keterangan lebih sesuai, iaitu melihat gejala ini dari segi fungsinya (menerangkan) tidak kira yang diterangkan itu kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama atau kata nama. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menghuraikan kata adverba pada halaman 289-295. | Tatabahasa | 18.11.2014 |