Salam Sejahtera. Tuan/Puan, saya ingin mendapatkan kepastian tentang istilah yang sesuai/tepat untuk menterjemahkan "entrepreneur intentions to exit" khususnya perkataan "exit" dengan merujuk kenyataan, "we focus on entrepreneur intentions to exit by a particular strategy, rather than actual exits. The theory of planned behavior, and its application in the entrepreneurship context, suggests that entrepreneurship involves primarily intentional planned behavior, and the intentions literature ‘‘clearly demonstrates that intentions are the single best predictor of planned behaviors." | Cadangan terjemahan bagi entrepreneur intentions to exit ialah hasrat usahawan untuk keluar. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2018 |
Tuan/Puan, Mohon bantuan tuan/puan untuk menentukan padanan yang sesuai dalam ayat di bawah: Sumber: The Study Doctor will share these results with you. Sasaran yang dicadangkan: 1. Doktor Kajian akan berkongsi hasil ini dengan anda. 2. Doktor Kajian akan berkongsi hasil ini bersama anda. Sumber 2: Rather, some of these activities may be done at your home or at another suitable “offsite” location following discussion with your Study Doctor. Sasaran yang dicadangkan: Sebaliknya, beberapa aktiviti ini mungkin dijalankan di rumah anda atau di lokasi "luar tapak kajian" yang sesuai setelah berbincang dengan Doktor Kajian anda. Kerjasama pihak tuan/paun didahului dengan ucapan terima kasih. | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan: 1. The Study Doctor will share these results with you. Doktor Kajian akan berkongsi hasil ini dengan anda. 2. Rather, some of these activities may be done at your home or at another suitable “offsite” location following discussion with your Study Doctor. Sebaliknya, beberapa aktiviti mungkin dijalankan di rumah anda atau di luar kawasan kajian yang sesuai setelah berbincang dengan Doktor Kajian anda. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 10.06.2021 |
Saya perlu terjemahan terbaik untuk istilah kewangan/ekonomi 'Cliff Vesting'. Dari pencarian, saya temui keterangan mengenai istilah tersebut seperti berikut: Cliff vesting is the process by which employees earn the right to receive full benefits from their company’s qualified retirement plan account at a specified date, rather than becoming vested gradually over a period of time. Terima kasih. | Padanan untuk 'Cliff Vesting' ialah Jurang Letak Hak atau jika berkaitan dengan pesara, Jurang Hak Pencen. | Istilah | 10.10.2018 |
(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan untuk perkataan 'deprivation', 'adverse outcomes', 'control problem' dan 'interaction avoidance' berdasarkan konteks ayat berikut : The subdimensions of the Problematic Mobile Phone Use Scale we developed are deprivation, adverse outcomes, control problem and interaction avoidance. The subdimension deprivation measure feelings like tension or unease when the mobile phone is not available or not in a usable state; the subdimension adverse outcomes looks at negative effects of people’s mobile phone use on their daily lives; the control problem subdimension deals with people’s ability to control their mobile phone use; finally, the interaction avoidance subdimension evaluates the preference to communicate with other people via mobile phone rather than engaging in face-to-face interaction. (2) Bersama ini saya sertakan juga artikel yang saya baca berdasarkan pertanyaan ini untuk rujukan pihak Tuan?Puan. Terima kasih. | Keempat-empat istilah teknikal dalam bahasa Inggeris yang diberikan mempunyai pelbagai padanan terjemahan dalam bahasa Melayu, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Istilah | 13.09.2020 |
Mohon untuk menterjemahkan dalam bahasa malaysia A measure was created to evaluate the ethical influence of significant others. Here the criteria to meet include (a) the frequency with which direct supervisors and peers offer cues concerning ethical behaviour to respondents and (b) respondents’ perception of the strength of those ethical cues, again defined as the clarity message. As with the measures described above, existing item were pooled from the ethics literature and evaluation for the usefulness in meeting the above criteria. For the peer scale, four items fell on a single factor, which two additional item did not included. This item (how often do peer discuss past or current organizational ethical dilemma with you) and (how often do peers speak with you about the organization’s ethical guidelines?) both concern peers discussing ethics rather than acting in some ethical or unethical manners or stating their opinions on ethics in a generalized manner. Although no range restriction exist for these item, their mean (2.26 and 2.33) do indicate that they are substantially less frequent than the occurrences discussed in the other ‘peer’ items | Khidmat Nasihat DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan teks atau dokumen. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak teks atau dokumen yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2014 |
Assalamualaikum. sy Nor Idayu Azmi pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya ingin bertanya tentang kata seerti untuk "enakmen" di dalam konteks Bahasa Melayu. Bolehkah ia diertikan sebagai "tindak balas" terhadap persekitaran? Sy telah menerima maklum balas seperti berikut Enakmen menurut Kamus Dewan Perdana ialah undang-undang bertulis yang diluluskan oleh parlimen atau badan lain yang berkuasa membuat undang-undang. Selain undang-undang, enakmen juga boleh membawa maksud statut (Kamus Dewan). Mohon juga penerangan mengapa “tindak balas” terhadap persekitaran dipilih sebagai cadangan perkataan seerti? Bolehkah sy mentafsirkan ia seperti berikut? Maksudnya enactment adalah tindak balas terhadap perkara penting yang berlaku dalam kehidupan (persekitaran). Enakmen merupakan tindak balas sebagai cadangan perkataan yang diambil daripada kamus psikologi. Ini merupakan link yang dirujuk dan makna yang dijumpai : https://dictionary.apa.org/enactment enactment APA Dictionary of Psychology A trusted reference in the field of psychology, offering more than 25,000 clear and authoritative entries. n. 1. the acting out of an important life event rather than expressing it in words. See psychodrama. Sekian, Terima ksih | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “enakmen” dalam konteks psikologi ialah pelakonan atau perbuatan melakonkan semula. | Lain-lain | 02.12.2021 |