Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rat.na] | رتنا

Definisi : 1. sl intan; 2. ark puteri (gadis) yg cantik; ~ cempaka manikam kuning; ~ mutu mani­kam berbagai-bagai intan permata; ~ pakaja a) jantung hati, yg tercinta, kekasih; b) sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat sayur), Gomphrena globosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rat.na] | رتنا

Definisi : permata yg cantik; intan: ~ mutu manikam berbagai-bagai jenis permata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ratna
Rujuk :permata


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Mengapakah permaisuri bersedih? Katakanlah kepada ...............," kata Dayang Suri kepada Permaisuri Ratna Devi. Jawapan: A. Beta B. hamba C. patik D. tuan hamba

Encik Tony,

Jawapan bagi pertanyaan tersebut ialah C. patik.

Tatabahasa22.06.2010
salam...saya ingin mengetahui tentang riwayat hidup Mejar Dato` Mohd Said Sulaiman serta sumbangannye dalam perkembangan bahasa Melayu

Sila rujuk bahan ini :

Biografi Mejar Mohd Said Sulaiman. oleh Ratna Inzah. Majalah Pelita Bahasa . keluaran Disember 1989

Lain-lain23.03.2008
apakah maksud perkataan-perkataan klasik tersebut: 1)bertimbalan 2)pertuanan 3)tambul 4)ratma mutu manikam 5)piala 6)memekis 7)murka 8)bicara1. Bertimbalan, beriringan ataupun berpadanan 2. Pertuanan, golongan bangsawan atau kaum ningrat 3. Tambul, makanan yg dihidangkan bersama minuman 4. Ratna mutu manikam, bermacam-macam jenis batu permata 5. Piala, sj cawan yang berkaki dan diperbuat drp emas ataupun perak 6. memekis, mengeluarkan kata yg menyakiti hati 7. murka, marah, 8. bicara, bercakap-cakap ataupun berkata-kata. T.kasih.Lain-lain14.07.2008
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih.

Saudara,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi

Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat;

Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau ke­kerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati.

Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut  memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa05.08.2012

Kembali ke atas