| Salam, apakah istilah yang betul bagi R & R? Adakah 'Rehat dan Rawat? Terima kasih. | R & R merupakan singkatan bagi Rehat dan Rawat. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
| sila semak...1. jurutulis atau juru tulis 2. jurutera atau juru tera 3. jururawat atau juru rawat ....begitu juga perkataan lain, bagaimanakah hendak kita tahu yang mana perlu dijarakkan dan yang mana perlu dirapatkan? | Jawapan yang betul ialah jurutulis, jurutera, jururawat. Perkataan yang perlu dijarakkan ialah perkataan yang ada makna dan boleh berdiri sendiri. Selain daripada perkataan perlulah dirapatkan. Harap maklum | Tatabahasa | 05.08.2007 |
| Ada soalan seperti berikut betul dari segi Bahasa: Bubuhkan kata dasar meN- pada kata dasar "lawat" ialah ______. a) melawat b)merawat c)memlawat | Imbuhan bagi perkataan lawat dan rawat ialah 'me'. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 17.08.2009 |