1. Ali melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2. Ali melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya. Ayat 1 atau 2 betul? | Ayat 1. | Tatabahasa | 20.04.2013 |
1. Penggunaan perkataan PELANJUTAN dan PERLANJUTAN mana yg sepatutnya digunakan untuk kes di mana pegawai memohon perlanjutan/pelanjutan cuti. 2. Penggunaan perkataan PENGISYTIHARAN dan PENGISHTIHARAN mana yang betul untuk kes pengisytiharan/pengisytiharaan harta Selamat Berpuasa + Selamat Hari Raya | 1. lanjut - melanjutkan(perbuatan), pelanjutan(proses melanjutkan). Oleh itu yang betul ialah pegawai memohon pelanjutan cuti. 2. isytihar - mengisytiharkan(perbuatan), pengisytiharan(proses mengisytiharkan. Oleh itu yang betul ialah kes pengisytiharan harta. | Lain-lain | 26.09.2008 |
adakah ayat-ayat di bawah ini betul?jika salah, tolong betulkan, terima kasih. 1)Para tetamu yang hadir dijemput masuk ke dalam dewan. 2)Sila nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya. 3)Saya tidak dapat menamatkan semua soalan. 4)Datuk saya melawati adiknya. 5)Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar-segar. 6)Mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. | 1. Ayat (1), (2), (3) dan (4) betul. 2. Ayat (5): Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kelima dibetulkan menjadi "Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar belaka". 3. Ayat (6): Mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya. | Tatabahasa | 15.08.2013 |
ANGKA ATAU HURUF mohon kepastian daripada pihak DBP bagi penggunaan yang betul berdasarkan persoalan di bawah: 1. hari raya kelapan atau hari raya ke-8? 2. sembilan atau 9? 3. kesepuluh atau ke-10? 4. hari raya kesebelas atau hari raya ke-11? 5. hari raya pertama atau hari raya 1 | Penggunaan yang betul ialah hari raya pertama, hari raya kelapan, hari raya kesembilan, hari raya ke-10, hari raya ke-11. | Ejaan | 07.07.2015 |
Mohon penjelasan:- 1. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 2. SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 3. MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI ATAU 4. SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI | Ayat yang betul ialah "Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri", "Majlis Hari Raya Aidilfitri" dan "Sambutan Hari Raya Aidilfitri". | Tatabahasa | 30.04.2024 |
adakah perkataan bahagian piliihan raya persekutuan dan bahagian pilihan raya negeri perlu dimulakan dengan huruf besar. contoh: 1) Pada masa ini terdapat sebanyak 222 bahagian pilihan raya persekutuan dan 587 bahagian pilihan raya negeri. 2) Bahagian pilihan raya persekutuan adalah untuk memilih wakil di Dewan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. 3) Bahagian pilihan raya negeri adalah untuk memilih wakil di Dewan Undangan Negeri bagi membentuk kerajaan Negeri. | Terdapat beberapa jenis penggunaan huruf besar dalam penulisan Bahasa Melayu. Bahagian Pilihan raya dan seumpamanya dikategorikan sebagai nama institusi seperti Dewan Undangan Negeri dan lain-lain yang dimulakan dengan huruf besar. - Bahagian Pilihan raya Persekutuan - Bahagian Pilihan raya Negeri | Lain-lain | 08.09.2017 |
1. yang mana satu betul: a) kaya raya / kaya-raya b) disengat / di sengat c) hubungkait / hubung kait 2. apa beza perkataan di bawah dan yang mana penggunaan yang betul? a) peha:paha b) pernyataan : penyataan | 1. Kaya-raya 2. Disengat 3. Hubung kait 4. Ejaan yang betul ialah paha, manakala ejaan peha dianggap tidak baku dan tidak digunakan dalam konteks rasmi walaupun sebutan peha lebih kerap kita dengari. 5. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089. | Ejaan | 06.08.2014 |
Antara tiga nama bagi kerajaan tempatan berikut, yang manakah tepat (1) Majlis Perbandaran Bandar Raya Pelancongan Langkawi; (2) Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah; dan (3) Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam? Yang mana satu yang betul? | Yang betul ialah Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. | Lain-lain | 26.06.2006 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Bunga raya Bunga Kebangsaan. 2. Bunga raya ialah Bunga Kebangsaan. Boleh berikan penjelasan mengapa kita perlu letak "ialah" sekiranya ayat 2 sahaja yang betul? Terima kasih. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: Bunga raya ialah bunga kebangsaan. "Ialah" merupakan kata pemeri yang menjadi pemerihal kepada predikat atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kata pemeri "ialah" hadir di hadapan frasa nama. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.10.2018 |
Yang mana satu betul untuk maklumkan kepada orang ramai: 1.Selamat Hari Raya Idul Adha 2.Selamat Hari Raya Aidiladha 3. Selamat Hari Raya Eidul’ Adha | Ejaan yang betul ialah Selamat Hari Raya Aidiladha. | Ejaan | 25.09.2012 |