Yang mana betul? A) Pasaraya Jusco B) Pasar Raya Jusco Yang mana betul? A) Leburaya Persekutuan B) Lebuh Raya Persekutuan Terima kasih | Saudara, Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut: i. Pasar Raya Jusco ii. Lebuh Raya Persekutuan Kedua-dua perkataan pasar raya dan lebuh raya ialah kata majmuk dan dieja sebagai dua perkataan. | Ejaan | 08.02.2010 |
Manakah yang betul? i. Bandaraya Ho Chi Minh atau ii. Bandar raya Ho Chi Minh | Ejaan yang betul ialah Bandar Raya Ho Chi Minh. | Ejaan | 01.06.2015 |
Pertanyaan berhubung penggunaan tanda "-" sama ada dijarakkan atau dirapatkan dengan contoh-contoh seperti berikut: (i) Lebuh Raya Kuantan-Segamat atau Lebuh Raya Kuantan - Segamat? (ii) "...laluan penerbangan Kuala Lumpur-Singapura" atau ...laluan penerbangan Kuala Lumpur - Singapura"? (iii) perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur-Johor Bahru atau perkhidmatan bas ekspres Kuala Lumpur - Johor Bahru? | Pengunaan tanda pisah (–) dalam ketiga-tiga contoh ayat yang diberikan perlu dijarakkan. | Tatabahasa | 30.11.2020 |
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah?? | Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air. | Tatabahasa | 23.11.2012 |
Saya memerlukan nasihat: 1) Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'menyambut' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. atau 2) Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'sambutan' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. Soalan saya. i) Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? ii) Wujudkah perbezaan konteks antara kedua-dua perkataan tersebut (yang digunakan dalam ayat)? Terima kasih | 1. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, sambutan bermaksud penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dll):Oleh itu, ayat yang betul ialah Niyaz telah membuat serondeng daging lembu untuk 'sambutan' Hari Raya Aidiladha pada minggu hadapan. | Ejaan | 04.12.2018 |
1. Adakah ayat-ayat ini betul: i) Setiap pekerja perlu memastikan bahawa majikan membuat caruman pendapatan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. ii) Pertandingan itu diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Perak sekolah kami. iii) Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa. 2. Ayat mana satu yang betul: i) Bukan sahaja Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, bahkan juga adiknya. ii) Sedangkan Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, apatah lagi adiknya. | Ayat i dan ii betul. Ayat (iii) Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa, kurang tepat kerana kata pemeri “adalah” tidak boleh hadir di hadapan prasa kerja atau kata kerja. Oleh demikian, ayat di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut: Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa tahun ini jatuh pada hari Selasa. Ayat “Bukan sahaja Yasmin tidak termakan gulai yang pedas itu, bahkan juga adiknya” perlu diedit seperti yang berikut “Bukan Yasmin sahaja tidak termakan gulai yang pedas itu, malahan adiknya.” | Tatabahasa | 29.10.2020 |
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga DBP! Penggunaan kata "alih" dan "beralih" I Pusat pentadbiran syarikat PMSE telah beralih ke Kota Damansara. II Perbualan mereka beralih ke perkara yang lain. III Zaki alih-alih ke tempat yang lebih teduh. IV Encik Mokhtar bekerja sebagai alih bahasa. Ayat yang manakah betul? Terima kasih | Ayat pertama dan kedua adalah betul. | Tatabahasa | 08.08.2013 |
“Antara barang yang kami beli di pasar raya itu ialah ….” Pasangan “antara – ialah” seperti dalam ayat ini kerap kita temukan dan saya juga menggunakannya. Benarkah penggunaan kata “ialah” dalam ayat ini SALAH? Jika benar, mengapa dan apa pula pasangan yang betul? | Penggunaan kata pemeri "ialah" hadir di hadapan atau sebelum kata nama dalam sesuatu ayat. Misalnya: (i) Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral negara. (ii) Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia. Oleh yang demikian, ayat saudara: Antara barang yang kami beli di pasar raya itu ialah ….” betul penggunaannya mengikut tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini, demikian kata "ialah" dalam ayat ini menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Walau bagaimanapun, tidak tepat sekiranya sdr mengatakan "antara-ialah" sebagai pasangan. Terdapat juga perkataan "antara" - "dengan". Misalnya; (i) Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. Ayat sdr seperti yang di atas dapat juga dibina seperti berikut: (ii) Antara barang yang kami beli di pasar raya itu termasuk garam, gula, kopi, dan teh. Sekiranya saudara ingin memahami penggunaan kata sendi dan kata pemeri, sdr boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan DBP. | Tatabahasa | 23.02.2009 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya beberapa soalan: 1.Yang betul adalah sekaligus atau sekali gus?Adakah penggunaan perkataan ini dibenarkan dalam penulisan artikel kerana tiada dalam kamus dewan? 2. Mohon semak penggunaan huruf besar bagi ayat di bawah: i)Di India, Daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta. ii)Di Jepun, Bandar Raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas. iii)Seperti gerakan koperasi di Jepun, Mesyuarat Agung adalah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori. Terima kasih. | Berikut adalah jawapan bagi soalan puan: 1. Ejaan yang betul ialah sekali gus dan perkataan ini terdapat dalam Kamus Pelajar sebagai entri dan sebagai huraian dalam Kamus Dewan. 2. Di India, daerah Satara terletak di sebelah barat Wilayah Moharashta. 3. Di Jepun, bandar raya Tokyo terkenal dengan kepadatan penduduk yang terdiri daripada warga emas. Seperti gerakan koperasi di Jepun, mesyuarat agung ialah suara tertinggi dalam gerakan koperasi JA Chiba Midori. | Tatabahasa | 19.11.2014 |
Salam tuan,selamat hari raya di sana! Saya ada dua soalan yang memerlukan penerangan tuan. 1) Mengapakah "teringat dengan" tidak boleh diterima? Ayat: Saya teringat dengan dia. 2) Adakah kata nama boleh ditambah -nya untuk menunjukkan kesan penekanan? Ayat: Suaminya di mana? ( "suaminya" di sini tidak merujuk kepada suami dia. Pemcakap cuma ingin berkata jodohnya belum ditemui lagi,jadi adakah "suaminya" betul?) Saya telah semak nota berkaitan kata pembenda,kata penekan. Namun saya tidak nampak sumber yang boleh membuktikan ayat itu benar. ----- Ayat yang biasa dengar,pelayan selalu akan sebut "semuanya dua puluh ringgit.". Adakah "semuanya" di sini betul juga? Adakah "semua" ialah kata adjektif membuatkannya betul? ---- Terima kasih tuan! | 1. Frasa “teringat dengan” atau ayat “Saya teringat dengan dia” tidak betul kerana kata sendi nama “dengan” yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama, hanya digunakan untuk membawa maksud seperti yang di bawah sahaja, iaitu: i. Membawa maksud bersama-sama atau berserta ii. Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan iii. Membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat iv. Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama Ayat yang betul ialah “Saya teringat akan dia”. 2. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1546, perkataan “-nya” merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya, seperti rumahnya, suaminya dan yang seumpama dengannya. Selain itu, kata ganti nama diri orang ketiga “-nya” boleh berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Bentuk kata ini hadir selepas perkataan. Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya dan datangnya. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 104 dan 295-296.
| Tatabahasa | 11.04.2024 |