Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.yau] | راياو

Definisi : ; merayau, merayau-rayau 1. me­raba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh; 2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah: matanya merayau-rayau me­mer­hatikan keadaan di dlm rumah; maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan; perayau orang yg suka merayau, kutu rayau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.yau] | راياو

Definisi : ; merayau, merayau-rayau 1 pergi ke mana-mana; berkeliaran utk mencari sesuatu: Jangan membiarkan kanak-kanak ~ di tepi lombong itu. 2 meraba-raba kerana mencari atau mengambil sesuatu: Tangannya ~ mengambil serdak kuih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rayau
Kata Terbitan : merayau, perayau,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bila anda di sini, anda tidak perlu pusing ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini. betulkah ayat ini?Apabila anda berada di sini, anda tidak perlu merayau-rayau ke seluruh KL untuk mencari hiburan, kerana semua itu boleh didapati di sini.Tatabahasa25.06.2008

Kembali ke atas