Contoh signboard2 jalan yang kelihatan di pasang oleh pihak PBT > (1). J. Bangsar > Jln. Bangsar > Jalan Bangsar (2). T. Tasik Perdana > Tmn. Tasik Perdana > Taman Tasik Perdana (3). B. Tun Razak > Bdr. Tun Razak> Bandar Tun Razak (4). Jln.T.A. Rahman sepatutnya Jalan Tuanku Abdul Rahman (Nama Agong yang pertama) (5). K.Trengganu/Terengganu sepatutnya Kuala Trengganu/Terengganu (6). K.Lipis sepatutnya Kuala Lipis. Soalan saya signboard yang mana pihak PBT wajib pakai/guna apabila membuat signboard jalan. Saya syor dan cadangkan supaya semua perkataan short form tidak dibenarkan. Mohon dapat pengesahan pihak DBP dan memantau keatas perkara ini demi generasi akan datang. Sekian, terima kasih. | Saya bersetuju dengan pandangan tuan bahawasanya semua ejaan papan tanda yang hendak dipaparkan di tempat awam hendaklah disemak terlebih dahulu dengan DBP. Seelok-eloknya ejaan pada papan tanda ditulis penuh tanpa memendekkan perkataan tersebut seperti Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, Kuala Lipis dan Kampung Pandan. Penguatkuasaan terhadap penamaan di papan tanda ini juga perlu konsisten dan mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Terima kasih atas maklumat yang diberikan dan hal ini akan kami kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan. | Lain-lain | 19.11.2010 |
"Emak kata pergi!" jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. @ "Emak kata pergi!" Jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. | "Emak kata pergi," jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. Tidak ada kata seru dalam ayat tersebut untuk memasukkan tanda seru. Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan. | Ejaan | 13.10.2011 |
assalamualaikum.......saya razak bin esa pelajar dari kolej institut profesional baitulmal..... saya berminat dengan semua aktiviti yg dilakukan & dianjurkan oleh dewan bahasa dan pustaka.......... saya ada sekali-dua pergi ke DBP utk menyaksikan dan menyertai program2 yg dilakukan DBP......ttp dalam amatan saya...program yg dianjurkan.....kadg2 tiada sambutan........ ...adakah pihak DBP tidak membuat liputan secara meluas terhadap program yg dijalankan??..... atau pihak DBP menghadkan bilangan peserta yg ingin menyertai program2 tersebut?? | Pihak DBP telah menjemput semua Media dan semua rakyat Malaysia melalui iklan di lawan seswang DBP. Sambut itu amat abstrak kerana DBP tidak boleh memaksa rakyat untuk mengikutinya tetapi cuma mampu mengajak demi sebuah kesedaran | Lain-lain | 23.11.2013 |
Mohon nasihat tentang penulisan perkataan berikut: "Dirasmikan Oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia ataupun YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak." Kekeliruan saya di sini ialah sama ada perkataan Yang Amat Berhormat (YAB) itu dibubuh di hadapan nama khas ataupun di hadapan gelaran/jawatan. | Penggunaan gelaran dalam ayat tersebut betul, iaitu YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia atau satu lagi cara menulis/menyebutnya ialag Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak. | Ejaan | 23.03.2012 |
Asm. Kami dlm proses menyedia kertas kerja penubuhan fakulti baharu. Kami ingin mdptkan pandangan mengenai nama dalam BM. Nama dalam BI: Razak Faculty of Engineering, Technology and Informatics. Terima kasih atas bantuan | Pada pandangan kami, terjemahan nama tersebut ialah Fakulti Kejuruteraan, Teknologi dan Informatik Razak. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.03.2018 |
saya ingin menyemak bahasa dan ejaan untuk nama perniagaan dan papan tanda bagi memperolehi lesen perniagaan. "Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka" | Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan seperti KLINIK HAIWAN atau KLINIK VETERINAR (pilih salah satu) di sebelah atas kiri papan iklan perniagaan. Kemudian letakkan Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka atau di tengah-tegah visual iklan anda. | Lain-lain | 14.08.2018 |
1)Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah pakaian yang terkenal di Asia.2)Razak sekeluarga sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain.3)Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi.(TOLONG BETULKAN JIKA ADA SALAH DALAM 3 AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH.) | Para peragawan dan peragawati itu akan memperagakan fesyen ciptaan pengubah (penggubah) pakaian yang terkenal di Asia. Razak sekeluarga (dan keluarganya) sudah lama meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke tempat lain. Gerakan mencari mangsa lemas itu akan diteruskan hingga esok pagi. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah penggunaan tanda koma dalam ayat berikut betul? "Saya, Ali bin Abu, bapa kepada Razak bin Razali, kelas 3 Amanah ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang..." Jika tidak, mohon pihak tuan berikan pembetulan. Terima kasih. | Penggunaan tanda koma betul adalah seperti yang berikut: "Saya, Ali bin Abu dan bapa kepada Razak bin Razali, kelas 3 Amanah ingin membuat aduan kepada pihak tuan tentang..." | Tatabahasa | 14.10.2021 |
APAKAH MAKSUD "MAIN PERANAN" | Encik Razak, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Main Peranan mempunyai banyak makna. Walau bagaimanapun ia bergantung pada penggunaannya iaitu dari segi konteks dan situasi yang bagaimana. Namun makna secara umumnya ialah orang yang menjalankan tugasnya, biasanya tugas yang dijalankannya penting. Contohnya dia memainkan peranan yang penting dalam perbincangan ke arah penyelesaian isu tersebut. | Makna | 11.02.2009 |
soalan saya mengenai tulisan pada papan tanda (signboard) premis samada diluluskan ataupun tidak.Berikut merupakan ayat pada papan tanda kami : "Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak,Jengka" diharap dapat maklumbalas daripada pihak tuan | Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan seperti KLINIK HAIWAN atau KLINIK VETERINAR (pilih salah satu) di sebelah atas kiri papan iklan perniagaan. Kemudian letakkan Klinik Haiwan & Surgeri Bandar Tun Razak, Jengka atau di tengah-tegah visual iklan anda. Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur.
| Lain-lain | 14.08.2018 |