Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[réa.lis.me] | رياليسمى

Definisi : (réalisme) 1. fahaman atau ajaran yg berdasarkan kenyataan; 2. aliran sastera dan seni lukis yg menggambarkan kisah hidup sebenar (bukan khayalan): Kala Dewata dgn Atap Genting Atap Rumbia dianggap sbg pelopor drama ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata realisme


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud realisme dalam kesusasteraanrealisme ialah salah satu gaya seni dan sastera yang di dalamnya peristiwa, perkara dan sebagainya, terutama yang kurang menyenangkan, ditunjukkan atau diperikan dalam keadaannya yang sebenarnya seperti dalam kehidupan.Lain-lain19.09.2008
ciri-ciri karya realisme dalam sastera kanak-kanakrealisme merupakan salah satu gaya seni atau sastera yang di dalamnya benda-benda, perkara atau peristiwa, terutamanya yang kurang menyenangkan, ditunjukkan atau diperikan secara sebenarnya seperti yang sebenarnya terjadi dalam kehidupan.  Oleh yang demikian, untuk mengetahui sama ada ciri-ciri realisme ini ada atau tidak dalam sastera kanak-kanak, saudara mestilah membaca banyak buku kanak-kanak, kerana sastera kanak-kanak itu sendiri terdiri daripada banyak bentuk, sama ada dalam buku bergambar, buku berilustrasi, dan sebagainya.  Peringkatnya umur kanak-kanak itu juga diambil kira, sama ada peringkat awal, seperti prasekolah atau sebagainya.Lain-lain18.09.2008
SAYA INGIN MENGETAHUI MENGENAI KONSEP DRAMA PENTAS DAN KAEDAH MENULIS SKRIP DRAMA PENTAS YANG MENGAMBIL MASA 30 MINIT PEMENTASAN. SAYA HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MASALAH INI.Konsep drama pentas adalah bergantung kepada pemilihan pengarang sama ada menghasilkannya dalam aliran realisme, absurd, surealis atau lain-lainnya. Jadi konsep tersebut berdasarkan pemilihan aliran ini kerana setiap aliran mempunyai ciri-ciri tertentu dalam bentuk penulisan dan pementasannya. Saudara boleh merujuk buku-buku drama seperti Drama-drama Pilihan Usman Awang untuk aliran realisme, Angin Kering (karya Johan Jaaffar) untuk aliran absurd, Yang Menjelma dan Menghilang (karya Anwar Ridhwan) untuk aliran surealis dan sebagainya. Untuk kaedah penulisan drama pentas, kami telah menyediakannya dalam laman DBP dan saudara bolehlah merujuk makalah dalam laman tersebut.Lain-lain02.05.2007

Kembali ke atas