Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réban) ark; tereban terhempas (ter­banting, terpelanting) ke kiri atau ke kanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kandang utk ayam (itik); merebankan; ~ ayam (itik) memasukkan ayam (itik) ke dlm reban, mengandangkan ayam (itik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kd, Pn runtuh (terutama pokok, rumah); merebankan meruntuhkan: ~ rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kandang tempat mengurung ayam atau itik. merebankan memasukkan (ayam, itik) ke dlm reban; mengurung (ayam, itik) di dlm reban: ~ ayam (itik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reban (kata nama)
Bersinonim dengan kandang, sangkar, sarang;,
Kata Terbitan : merebankan,

Puisi
 

Hari panas helang berbunyi,
     Ayam mengeram dalam reban;
Tikar berkerawang bantal bersuji,
     Hajat nak tidur berpangku lengan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Ayam tidur senang di dalam reban,
     musang yang susah beredar sekeliling.

Bermaksud :

Tidak senang melihat kebahagiaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan

Puan Ruzita, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

soalan analogi cth: (ayam - reban) jawapan pilihan a) perahu - kayuh b) misai - cukur c) tunas - puteri d) beras - banting sila pilih jawapan

jawapan yang tidak mengikut susunan analaoginya adalah a) perahu - kayuh

Tatabahasa18.03.2009
Yang manakah antara ayat-ayat berikut adalah betul, tolong perbetulkan jika terdapat kesalahan, dan mengapa. Terima kasih. 1. Cuaca di Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat. 2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam di reban belakang rumah datuk. 3. Kuncik pintu itu dengan rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah.1. Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat.
2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam dalam reban di belakang rumah datuk.
3. Kunci pintu itu rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah.
Tatabahasa24.07.2012

Kembali ke atas