| Salam sejahtera. 1. Adakah penggunaan perkataan 'paras' bagi ayat ini betul: Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan. 2. Adakah penggunaan perkataan 'bekas' bagi ayat ini betul: Bekas hartanya menjadi rebutan anak-anaknya. Kalau tidak betul, sila cadangkan perkataan yang sesuai. Terima kasih. | 1. Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan. Betul. 2. Bekas hartanya menjadi rebutan anak-anaknya. Ayat ini perlu diubah menjadi Harta peninggalannya menjadi rebutan anak-anaknya. | Tatabahasa | 02.09.2022 |
| Pemuda yang comel serta kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis belasan tahun di desa itu. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQ | Perkataan gadis tidak perlu digandakan. Sila rujuk kamus untuk memlilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
| keadaan di kedua-dua buah negara yang berempadan itu bertambah tegang dengan terbukanya laluan yang menghubungkan kedua-dua buah bandar yang menjadi rebutan itu. tuan, adakah di salah dalam ayat ini? yakni keadaan kedua-dua buah negara... | Ayat ini betul, kedua-dua merujuk kelompok yang terdiri daripada dua buah negara. | Tatabahasa | 28.07.2011 |
| Adakah perbezaan antara perkataan “kecil” dan “cilik” ? Bolehkah tuan/puan menjelaskan? Adakah ayat yang saya menulis ini di bawah betul? Terima kasih. 1) Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 2) Kita perlu mencilikkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 3)Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat diperkecil. 4) Peranan kerajaan dan akhbar-akhbar tidak dapat dipercilik. 5) Api pelita akan mengecil apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 6) Api pelita akan mencilik apabila sumbu pelita dimasukkan sedikit ke dalam. 7) Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan. 8) Abu semakin terasa kecilikan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan. | Perkataan “cilik” dan “kecil” membawa maksud yang sama, iaitu masih rendah umurnya atau masih kanak-kanak. Walau bagaimanapun, perkataan “cilik” dan “kecil” perlu digunakan mengikut kesesuaian ayat dan konteks penggunaan. Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Kita perlu mengecilkan api dapur untuk mengelakkan kemalangan. 2. Peranan kerajaan dan akhbar tidak dapat diperkecil. 3. Api pelita akan mengecil apabila sumbu dimasukkan sedikit ke dalam pelita. 4. Abu semakin terasa kekecilan dan kelemahan dirinya sebagai hamba Tuhan. Contoh lain penggunaan perkataan “cilik” dan “kecil” dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Aktres cilik yang baru berusia 16 tahun ini menjadi rebutan kerana bakat semula jadinya itu. 2. Rumah kecil itu milik saya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 436 dan 997 dan laman web https://prpm.dbp.gov.my/ | Tatabahasa | 19.01.2024 |