| makna "recall loan securities" | Padanan recall loan security dalam bahasa Melayu ialah perolehan kembali cagaran pinjaman. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.11.2010 |
| Apakah terjemahan terbaik untuk ungkapan "beyond recall". Terima kasih. | Sdr. Badailah, makna 'beyond recall' secara terus atau harafiahnya ialah tidak upaya untuk mengingatkan semula. Terima kasih kerana menggunakan KNBDBP. | Makna | 17.02.2009 |
| Terma untuk brand recall dalam bidang pengiklanan yang sebenar.adakah ianya sama dengan brand to retrieve | Ungkapan brand recall mengikut karyawan dalam bidang pengiklanan bermaksud mengaitkan sesuatu barang dengan sesuatu jenama. Contohnya ubat gigi dengan Colgate, racun makhluk perosak dengan shieldtox. Ungkapan ini juga disebut brand to retrieve. Walau bagaimanapun untuk maklumat lanjut sila hubungi Persatuan Pengiklan Malaysia(4As) no. telefon 03-76608535. | Istilah | 31.10.2008 |
| Salam sejahtera tuan. Minta pendapat mengenai padanan istilah dalam Bahasa Melayu bagi istilah-istilah berikut dalam bidang Keselamatan Makanan: 1. Probe Calibration 2. Sous-Vide 3. Hot Holding 4. Temperature probe 5. Product recall Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Data kami tiada padanan bahasa Melayu terhadap istilah yang dinyatakan. Pihak kami akan menghubungi tuan jika sudah ada padanan dalam bahasa Melayu. Segala kesulitan amat dikesali. Sekian, terima kasih. | Istilah | 25.09.2018 |