| Salam sejahtera, Adakah "Mere Receipt" sesuai diterjemahkan sebagai "Resit tanda", "Resit Mer" atau "Resit semata-mata"? Jika tidak, sila nyatakan pendapat anda. "Merereceipt" adalah sejenis resit yang dikeluarkan oleh pihak bank. Contoh ayat: The terms of the Contract of Mere Receipt Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang mere receipt dalam pangkalan data kami. Kami juga tidak menemukan sebarang maklumat melalui carian di internet. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.01.2018 |
| Salam sejahtera, Bolehkah "Contract of Mere Receipt and Transmission of Orders" diterjemahkan sebagai "Kontrak Penerimaan dan Pemindahan Pesanan Semata-mata"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Penggunaan ayat dalam bidang perbankan. Sumber: https://www.emissions-euets.com/internal-electricity-market-glossary/758-execution-of-orders-on-behalf-of-clients-mifid-definitions Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Kami mencadangkan Kontrak penerimaan dan pemindahan/penghantaran pesanan sahaja bagi Contract of Mere Receipt and Transmission of Orders. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2018 |
| Salam sejahtera, Bolehkah "order receipt and transmission service" diterjemahkan sebagai "perkhidmatan penerimaan dan penghantaran pesanan"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Penggunaan ayat dalam bidang perbankan. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Soalan saudara akan dipanjangkan kepada Bahagian Peristilahan untuk dijawab. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. | Istilah | 14.01.2018 |
| Salam Sejahtera, boleh berikan saya maksud untuk "Credit Card settlement receipt" ? Terima Kasih | Kami mencadangkan maksud bagi perkataan tersebut ialah resit penyelesaian kad kredit. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.06.2015 |
| To who may concern, I were done the payment of dewan bahasa on 28-6-18 for the nombor pesanan : 180628197073606072, RM 30. Attached hereby with the receipt received from FPX. However, the status of the nombor pesanan still appear payment not yet done, please advice | Apabila disemak semua iklan dari pihak tuan, kebanyakannya iklan sedang disemak. Sila lampirkan No. permohonan iklan yang berkenaan agar pihak kami dapat mengesan iklan tersebut untuk pengesahan atau sila hubungi pihak kami dengan segera. Terima kasih. | Lain-lain | 03.07.2018 |
| Sama ada perkataan "false or erroneous or defective" dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan betul? 18. A person commits an offence if he gives to an agent, or being an agent he uses with intent to deceive his principal, any receipt, account or other document in respect of which the principalis interested, and which he has reason to believe contains any statement which is false or erroneous or defective in any material particular, and is intended to mislead the principal. 18. Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya. | Padanan terjemahan yang diberikan betul. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2021 |
| Tuan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “shipment” dan “shipper” dalam konteks ayat di bawah: ".. the bill of lading shall not be deemed to be prima facie evidence against the carrier of the receipt of goods of the weight so inserted in the bill of lading, and the accuracy thereof at the time of the shipment shall not be deemed to have been guaranteed by the shipper." Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 1 Oktober 2021. Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'shipment' ialah pengiriman atau penghantaran manakala maksud 'shipper' ialah pengirim atau pengangkut | Makna | 28.09.2021 |
| Tuan/Puan, Apa padanan "store" dalam Bahasa Melayu bagi ayat konteks di bawah: "(8) For the purposes of paragraph (1)(d). "accounting officer" incliudes every staff of the Universiti charged with the duty ofn collecting, receiving, or accounting for, or who in fact collects, receives or accounts for, any money of the Universiti, or who is charged with the duty of disbursing, or who does in fact disburse, any such money, and every staff who is charged with the receipt, custody or disposal of, or the accounting for, any money, stamp, security, store or property of the Universiti or who in fact receives, holds or disposes of such money, stamp, security, store or property". Sekian, terima kasih. | Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “store” ialah “menyimpan” bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat. | Lain-lain | 07.10.2021 |