Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata record


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin check translation dari English ke Bahasa Malaysia, adakah betul? International Premium Grocer > Pasar Raya Premium Antarabangsa First Supermarket To Provide Trolley Valet > Pasaraya Pertama Menyediakan Troli Valet Record Title Presentation Ceremony By The Malaysia Book Of Records > Sijil Penyampaian Rekod Oleh The Malaysia Book Of RecordsBerikut merupakan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:

1. International Premium Grocer: Pasar Raya Premium Antarabangsa
2. First Supermarket To Provide Trolley Valet: Pasar Raya Pertama yang Menyediakan Troli Valet
3. Record Title Presentation Ceremony By The Malaysia Book Of Records: Pengiktirafan Pemegang Rekod oleh The Malaysia Book Of Records
Makna16.08.2023
Mohon bantuan terjemahan untuk 'historic range' dalam ayat ... throughout its historic range have failed to record ... Terima kasihIstilah "historic range" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan maksud atau konsep istilah tersebut supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah15.08.2016
bagaimanakah penggunaan unit sukatan kelajuan dalam ayat ini: "He flew an X-15 at a world record speed of Mach 6.70 in October 1967." Cadangan terjemahan: "Dia/Beliau memandu/menerbangkan X-15 pada rekod kelajuan dunia Mach 6.70 pada bulan Oktober 1967." Saya melakukan carian di Google, dan banyak yang meletakkan 'Mach' sebelum angka. Persoalan saya ialah, di antara 'Mach 6.70' dan '6.70 Mach', yang manakah lebih tepat digunakan?Bentuk yang betul ialah 6.70 Mach.Istilah05.04.2013
Penggunaan ayat bahasa Melayu yang sesuai untuk dibawah: Kindly arrange to regularize your facility immediately as your payment record is reflected in your credit bureau report maintained with Bank Negara Malaysia.

Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Lain-lain12.10.2022
Apakah istilah padanan untuk "passage number" dalam contoh ayat berikut: "The passage number of a cell culture is a record of the number of times the culture has been subcultured, that harvested and reseeded into multiple 'daughter' cell culture flasks."Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

passage number - nombor laluan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain13.06.2021
Apakah frasa "Longest Non-Stop Indoor Golf Driving Relay’ dalam bahasa Melayu?. Frasa ini akan digunakan untuk acara Malaysia Book of Record. Ketepatan dan jasa baik pihak DBP amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Mohon berikan konsep acara tersebut dilaksanakan agar pihak kami dapat membantu memberikan terjemahan yang baik dan betul dalam bahasa Melayu.Makna29.04.2022
Apa istilah "dashcam" dalam Bahasa Melayu? Ini maksud menurut kamus Oxford: a video camera mounted on the dashboard or windscreen of a vehicle and used to continuously record the view of the road, traffic, etc. through the windscreen.Padanan bagi istilah dashcam atau dashboard camera dalam bahasa Melayu ialah kamera papan pemuka. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah28.10.2024
Salam DPB, Mohon jasa pihak DBP untuk membantu saya menyemak frasa yang betul dan tepat bagi "Longest Non-Stop Indoor Golf Driving Relay' Frasa ini akan digunakan untuk acara Malaysia Book of Record. Ketepatan dan jasa baik pihak DBP amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.Mohon berikan konsep bagi ayat yang diberikan agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang baik dan betul.Makna25.04.2022
Salam. Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang betul ke dalam Bahasa Melayu untuk perkataan CLINICAL PRACTICE REKOD? Bolehkah diterjemahkan sebagai REKOD PRAKTIS KLINIKAL atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Terima Kasih.Terjemahan yang sesuai  bagi CLINICAL PRACTICE RECORD  ialah  REKOD LATIHAN KLINIKALMakna04.07.2017
Saya nak bertanya, apa pendapat Dewan Bahasa & Pustaka terhadap penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang telah digabungkan dengan nombor dan menjadi satu perkataan. Contoh BR1M, PR1MA, TR1MA, KAR1SMA, SK1M, KIR1M, KR1M, SL1M dan banyak lagi. contoh lain di sini : http://www.1malaysia.com.my/my-record/1-malaysia/. Contoh KAR1SMA sudah bukan lagi kata nama khas apabila ianya disebut seperti 'Karisma'. harap ada jawapan.Untuk makluman, 1 Malaysia merupakan satu konsep yang dicetuskan oleh kerajaan. Penggunaan BR1M, KR1M dan pelbagai lagi program merupakan konsep yang wujud dalam konsep dan falsafah 1Malaysia. Ia merupakan konsep nama khas yang mempunyai dan menunjukkan identiti sesuatu.Konsep ini telah mempunyai maksud tersendiri. Contohnya, BR1M merupakan singkatan bagi Bantuan Rakyat Satu Malaysia yang merupakan kata nama khas sesuatu program. Khalayak perlu menyebutnya dengan tepat bukannya 1 dijadikan sebagai i.Tatabahasa14.03.2013
12

Kembali ke atas