Apakah istilah Ekonomi Kejuruteraan "Sinking fund factors", "Capital Recovery" dan "Single Payment" dalam Bahasa Malaysia? | Sinking fund factors - faktor dana terikat capital recovery - pemulihan modal single payment - bayaran tunggal | Istilah | 04.05.2014 |
Apakah pilihan perkataan yang lebih baik untuk 'anggota kerja bermasalah" dan terjemahan kepada 'Performance Recovery' | Salam sejahtera, Perkataan yang dicadangkan ialah pekerja bermasalah. Padanan performance recovery: pemulihan prestasi Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 03.04.2019 |
Berdasarkan peruntukan di bawah, (a) apakah padanan bagi perkataan 'recovery of the loan'? (b) Bolehkah perkataan 'pemerdapatan' digunakan bagi konteks peruntukan ini? (c) apakah padanan bagi perkataan 'recovered'? Adakah perkataan 'didapatkan' adalah tepat? 7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang dibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly. | a) Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "recovery of the loan" ialah dapatan balik pinjaman. b) Perkataan pemerdapatan tiada dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan dalam teks bahasa Melayu. c) Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "recovered" dalam teks yang dinyatakan ialah didapatkan semula. | Makna | 16.08.2021 |
Berdasarkan peruntukan di bawah, (a) apakah padanan bagi perkataan 'recovery of the loan'? (b) Bolehkah perkataan 'pemerdapatan' digunakan bagi konteks peruntukan ini? (c) apakah padanan bagi perkataan 'recovered'? Adakah perkataan 'didapatkan' adalah tepat? 7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang dibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly. | (a) Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "recovery of the loan" ialah dapatan balik pinjaman. (b) Perkataan pemerdapatan tiada dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan dalam teks bahasa Melayu. (c) Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "recovered" dalam teks yang dinyatakan ialah didapatkan semula. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.08.2021 |
Apakah istilah peterjemahan yang paling sesuai dalam BM untuk "conservation" pada ayat berikut: Care or treatment that do not lead to a recovery, conservation of your condition or restoration to your previous state of health. | Perkataan ‘conversation’ diterjemahkan sebagai ‘pemuliharaan’. Mengikut konteks ayat yang dikemukakan subjeknya ialah manusia, kita tidak menggunakan ‘pemuliharaan’ tetapi ‘pemulihan’. Pada pendapat kami, istilah bahasa Inggeris ‘rehabilitation’ bukannya ‘conservation’. | Istilah | 26.01.2015 |
7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang diberikandibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran dapatan balik pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan semula dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly. Apakah padanan bagi recovery of the loan? Adakah sesuai jika dubah kepada 'pemerdapatan pinjaman'? | Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi recovery of the loan ialah dapatan balik pinjaman.
| Penyemakan dan penterjemahan | 28.03.2022 |