Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata red


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? - Saya membeli kek red velvet di kedai yang berhampiran dengan rumah saya. - Saya membeli kek 'red velvet' di kedai yang berhampiran dengan rumah saya. - Saya membeli kek Red Velvet di kedai yang berhampiran dengan rumah saya. - Saya membeli kek 'Red Velvet' di kedai yang berhampiran dengan rumah saya.Ayat yang betul ialah:

Saya membeli kek red velvet di kedai yang berhampiran dengan rumah saya.
Tatabahasa09.11.2015
Apakah padanan yang sesuai bagi istilah "beet red". Melalui semakan kami di PRPM ini hanya terdapat perkataan "red beet" iaitu "bit merah".Jika  "beet red" juga  merujuk  kepada sejenis ubi bit merah (red beet),  padanan dalam  bahasa Melayu ialah bit merah. 


Makna17.08.2021
Salam sejahtera, Adakah "Red Flag" sesuai diterjemahkan kepada "Bendera Merah"? "Red Flag" bermaksud tanda masa tertentu yang memerlukan perhatian(atau perlu dibaiki). Sila berikan pendapat dan cadangan anda. Terima kasih DBP.Ya,"Red Flag" sesuai diterjemahkan kepada "Bendera Merah". Kami bersetuju dengan maksudnya iaitu tanda masa tertentu yang memerlukan perhatian atau dibaiki. Sebagai contohnya dalam bidang Meteorologi/Hidrometeorologi menggunakan bendera merah sebagai tanda amaran kedatangan taufan/hurikan. Begitu juga dalam bidang sukan bendera merah digunakan sebagai tanda amaran tertentu kepada pemain.Istilah22.11.2018
Hiasan Dalaman RED HOT Construction.Interior Design.Home Decor No sykt: NS1170086VSila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Klik daftar iklan dan pilih jenis iklan - Papan Premis Bayaran. Semua tatacara ada dimuatkan dalam laman web berkenaan.Lain-lain06.12.2017
kedai pameran red hot construction interior design home decor no sykt NS1170086V1. KEDAI PAMERAN tukar kepada KEDAI PERABOT atau PUSAT PAMERAN PERABOT
2. Terjemahkan Bahasa inggeris kepada Bahasa Melayu atau sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris)
Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my, klik DAFTAR AKAUN dan pilih DAFTAR IKLAN. Pilih jenis iklan - PAPAN PREMIS dan buat bayaran sebanyak RM10.
Lain-lain28.11.2017
Adakah 'red velvet' itu kata nama khas?Red Velvet merupakan kata nama khas.Lain-lain05.11.2015
Adakah perkataan 'red velvet', 'hashtag' dan perkataan yang tidak terdapat dalam data DBP perlu diitalikkan dalam penulisan rasmi?Perkataan seperti red velvet dan Instagram dalam penulisan rasmi, tidak perlu dicondongkan kerana merupakan nama khas. Akan tetapi, bukannya semua perkataan yang tidak terdapat dalam pangkalan data DBP boleh menggunakan konsep yang sama. Ia bergantung kepada situasi dan konteks ayat. Jika ada terjemahan dalam bahasa Melayu, perlu diutamakan.Lain-lain28.10.2015
Apakah padanan yang sesuai bagi red radish dalam bahasa Melayu?Padanan bahasa Melayu bagi istilah red radish ialah lobak ceri. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.Istilah15.02.2025
Apakah nama melayu bagi burung 'Red-billed tropicbird'? Terima kasihUntuk mendapatkan nama Melayu atau istilah yang tepat bagi nama burung "red-billed tropicbird", puan bolehlah menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi di talian 03-21479166 atau melalui e-mel saidah@dbp.gov.my. Terima kasih.Istilah15.08.2014
Bagaimana menulis nama makanan yang diberi nama khusus, contohnya kek red velvet, mi bandung, dan sebagainya. Perlukah ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya?Nama menu ditulis dengan huruf kecil seperti kek red velvet dan mi bandung.Ejaan06.11.2012
12345

Kembali ke atas