Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata red ada


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan 'red velvet', 'hashtag' dan perkataan yang tidak terdapat dalam data DBP perlu diitalikkan dalam penulisan rasmi?Perkataan seperti red velvet dan Instagram dalam penulisan rasmi, tidak perlu dicondongkan kerana merupakan nama khas. Akan tetapi, bukannya semua perkataan yang tidak terdapat dalam pangkalan data DBP boleh menggunakan konsep yang sama. Ia bergantung kepada situasi dan konteks ayat. Jika ada terjemahan dalam bahasa Melayu, perlu diutamakan.Lain-lain28.10.2015
Apakah maksud “kelamia” dalam iklan ini, atau tidak ada perkataan ini dalam kamus Dewan? Terima kasih.
red; top: 0px; overflow: hidden;">
Perkataan "kelamia" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tiada dalam Kamus Dewan Perdana.
Ejaan24.11.2023
1) Perlu dicondongkan atau ditegakkan untuk perkataan seperti Facebook, Instagram dan sebagainya jika dalam penulisan rasmi? 2) 'Red velvet' dalam bahasa Melayu apa? 3) Terdapat atau tidak perkataan tersendiri untuk perkataan 'hashtag' (#) dalam bahasa Melayu? 4) Kali pertama atau pertama kali? Misalnya, inilah kali pertama kami ke sini ataupun inilah pertama kali kami ke sini. 5) Apakah perbezaan antara baharu dan baru?Jawapan:

1. Untuk perkataan seperti Facebook, Instagram dalam penulisan rasmi, tidak perlu dicondongkan kerana merupakan nama khas.
2. Setakat ini, perkataan red velvet dan hastag tidak ada dalam data DBP
3. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.
4. Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaja digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.
Tatabahasa27.10.2015
Hiasan Dalaman RED HOT Construction.Interior Design.Home Decor No sykt: NS1170086VSila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggan baharu untuk mendapatkan kata laluan. Klik daftar iklan dan pilih jenis iklan - Papan Premis Bayaran. Semua tatacara ada dimuatkan dalam laman web berkenaan.Lain-lain06.12.2017
KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI red one DIMILIKI OLEH:90 CODE TELESHOP(003247110-A)Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. 

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 

Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. 
Terima kasih.
Lain-lain01.12.2022
Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya, 1. Saya mendapati dari wikipedia bahawa penterjemahan bagi perkataan "United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland" adalah " Kerajaan Bersatu Britania Raya dan Irlandia Utara". 2. Saya tidak pasti sama ada penterjemahan ini adalah betul. 3. Dengan ini, saya ingin memohon jasa baik Tuan/Puan untuk mengesahkan ketepatan penterjemahan ini. Sekian, Terima Kasih. Mandy Lim
Terjemahan bagi United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland ialah "United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara"

red; top: 0px; overflow: hidden;">
Makna09.05.2022
adakah ayat di bawah betul? 'amir tidak hadir ke sekolah sebab demam' bolehkah anda tolong jelaskan penggunaan kata sebab dan kerana dalam ayat.. terima kasih

Penggunaan kata "sebab" dan "kerana"  umumnya kita temukan dalam ayat-ayat seperti yang berikut: 

1) Amir tidak hadir ke sekolah sebab demam.

2) Amir tidak hadir ke sekolah kerana demam. 

Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat yang betul ialah ayat (2). Mengapa pula ayat (1) dikatakan salah? Untuk menjawab soalan ini, ada beberapa hal yang perlu difahami terlebih dahulu. Yang pertama, kata "sebab" dan "kerana" tidak sama jenisnya. Kata "sebab" ialah kata nama sedang "kerana" ialah kata hubung. Yang kedua, kata "sebab" perlu ditambah dengan red; font-size: 13.5pt">"oleh" apabila hendak digunakan sebagai kata hubung. Misalnya; 3. Ibu segera menutup tingkap oleh sebab hujan turun dengan lebatnya.  Sebaliknya, "kerana" tidak memerlukan "oleh" kerana memang sudah sedia sebagai kata hubung.  Walau bagaimanapun, kata "sebab" boleh digunakan dalam ayat tanpa disertai red; font-size: 13.5pt">"oleh". Misalnya:

 4.   Apa sebab dia tidak hadir hari ini?

5.   Beri tiga sebab mengapa dadah berbahaya kepada kita.  

Dalam kedua-dua ayat di atas kata "sebab" digunakan sebagai kata nama, bukan sebagai kata hubung.

Tatabahasa28.07.2010
(Sambungan) ... Saving 13. Nothing in this Act shall affect the rights of the Yang di-Pertuan Agong, the Rulers or yang di-Pertua Negeri or of any body politic or corporate or of any other persons except such as are mentioned in this Act and those claiming by, from or under them.” 3. Saya juga memohon khidmat nasihat Tuan sama ada imbuhan “kan” perlu digunakan bagi perkataan “memindah” seperti mana peruntukan di bawah seksyen 3 Akta yang sama yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu di bawah: “Pemerbadanan Perbadanan terdahulu dan Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak 3. Orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan telah menjadi anggota Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan dan semua orang itu yang kemudian daripada ini menjadi anggota Perbadanan menurut Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (atau dalam Bahasa Inggeris Malaysian Red Crescent Society) dan dengan nama itu hendaklah kekal turun-temurun dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih, dan boleh memindahhakkan, (memindahkan hak milik / memindah milik), ... (Bersambung)Perkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan  teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my
Penyemakan dan penterjemahan09.02.2022

Kembali ke atas