Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.dup] | ردوڤ

Definisi : 1. berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung: hari pun ~, tiadalah tampak akan cahaya matahari; 2. agak gelap kerana dilindungi awan, tidak panas terik: matahari ~; 3. berasa panas (kerana cuaca mendung); 4. ki kurang cahayanya, suram (mata, wajah, dll), kurang terang atau hampir padam (nyala api); 5. berkurang, merosot (kemegahan, kemuliaan, dll); 6. mulai berhenti, tenang kembali, reda (angin, hujan, kasih, dll): ribut itu pun ~; 7. sayup-sayup (bunyi-bunyi): gemercik air sayup-sayup dan desau angin ~; 8. tidak gembira, susah hati (perasaan dll): ia menyahut dgn ~; ~-~ alang = ~-~ bahasa agak redup (gelap, suram) sedikit; meredup menjadi redup (tidak terang); meredupkan menjadikan redup, menyuram­kan, dll; keredupan perihal redup: ~ petang me­nambahkan kesunyian di ladang itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.dup] | ردوڤ

Definisi : 1 tidak terang (bkn cuaca); berawan (langit); agak mendung: Hari ini ~. 2 kurang cahayanya; suram (bkn mata, wajah dll). meredup menjadi redup: Wajahnya kian ~. meredupkan menjadikan atau menyebabkan redup. keredupan keadaan redup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
redup
Rujuk :teduh

Puisi
 

Hari redup menyemai padi,
     Wak Dolah menanam jagung;
Kalau hidup tidak berbudi,
     Duduk salah berdiri canggung.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hari ini patutlah redup (= panas keras).

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
I) Cuaca hari itu redup dan suram kerana hendak hujan. II) Kakak pulang dari tempat kerja dengan wajah yang suram. III) Suasana di tanah perkuburan itu kelihatan suram sekali. IV) Adik berasa suram kerana permainannya yang baru dibeli oleh ayah telah hilang. (Yang manakah ayat yang betul penggunaan perkataan 'suram')Keempat-empat ayat yang menggunakan perkataan suram boleh diterima. Ayat yang paling gramatis ialah ayat kedua dan ketiga.Tatabahasa23.07.2013
MAKSUD SURAMSuram bermaksud 1. tidak berapa terang (cahaya dll), agak gelap, kurang cahaya, redup (cuaca): di dlm kamar tidurnya itu hanya lampu tidur sahaja yg hidup, lampu kecil yg ~ cahayanya; petang yg ~; 2. tidak berkilauan atau bercahaya (barang emas, perak, dll), tidak bening (batu permata), buram: kalau beberapa hari tidak dicucinya, kereta itu kelihatan ~; 3. tidak berseri-seri (muka, mata, dll), kusam, kuyu, muram (kerana sedih dll): di ambang pintu terdiri Jenab dgn pakaian serba hitam, rambutnya tidak berdandan, mukanya ~; matanya ~; 4. kurang seronok (kehidupan dll), kurang berbahagia, susah (hati dll), sedih: sesekali guruh menderam di sebelah barat, di hati mereka ~, besok entahkan hujan!; kehidupan yg ~; Makna02.10.2010
Assalamualaikum. Buat pengetahuan saudara, saya sedang mengkaji unsur perlambangan "masa" dalam sajak. Saya ingin bertanya mengenai perbezaan antara perlambangan dengan simbolisme dalam sajak. Soalan kedua saya ialah maksud lambang "petang" dalam sajak. Terima kasih atas daya usaha membantu.

Waalaikumusalam wbk. Perlambangan dan simbolisme dalam sajak sebenarnya tiada yang berbeza. Perkataan lambang adalah kata dasar dalam bahasa Melayu sementara symbol adalah kata dasar dalam bahasa Inggeris.  

Lambang "petang" dalam sajak bermaksud waktu antara pukul 12:01 tengah hari (petang) hingga pukul 7:00 petang. Petang dalam konteks ini bermaksud cuaca redup atau matahati tenggelam. Perlambangan (metafora) "petang" boleh juga bermaksud usia senja atau umur yang lewat/tua.

Bagi mendapatkan maklumat lengkap dan jelas, sdr. dicadangkan membeli atau membuat rujukan pada buku Panduan Menulis Sajak karya Rahman Shaari (terbitan DBP) dan Kamus Puisi (Siri Kamus Istilah MABBIM) terbitan DBP, 2005. 

Sekian, terima kasih dan wassalam. 

Lain-lain21.07.2009

Kembali ke atas