| Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “type face” dan “type body”? Sebagai contoh seperti di bawah ini: peruntukan seperti yang berikut: “Size and colour of letters 13. (1) Where the size of letters to be used in labels is prescribed in these Regulations by reference to a minimum number of points, the reference shall be deemed to be a reference to height of the lower case letter of the type face or if the wording is all in capital letters, the height of the capital letters in type face irrespective of the height of type body. Saiz dan warna huruf 13. (1) Jika saiz huruf yang hendak digunakan pada label ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini dengan sebutan mengenai nombor poin minimum, maka sebutan itu hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai ketinggian huruf kecil mengikut muka taip atau jika perkataan itu dalam huruf besar kesemuanya, ketinggian huruf besar itu mengikut muka taip walau apa pun ketinggian isi taipnya.”. Adakah padanan “jenis huruf” adalah lebih sesuai digunakan bagi “type face” dalam konteks ayat ini. | Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut: 1. Type face: rupa taip, muka taip atau jenis huruf. 2. Type body: badan taip, isi taip atau jenis taip. Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 28.05.2021 |
| Istilah Term Of Reference dalam Bahasa Melayu | Salam sejahtera, Padanan dalam bahasa Melayu ialah bidang tugas atau bidang rujukan. Sekian terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.04.2019 |
| Salam. Could you please provide me some online reference to get collections of Malay Pantun, especially about weddings. I thank you for that. | Sila rujuk buku "Pantun dan Gurindam untuk Pertunangan dan Perkahwinan, terbitan PTS. Sekian, terima kasih | Lain-lain | 11.03.2009 |
| sila chop "disahkan bahasa melayu dalam iklan ini betul". our reference email is marinedongdong@gmail.com terima kasih. | Bersama-sama ini disertakan iklan yang telah disemak. Sila buat pembetulan dan hantar semula. Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 02.10.2012 |
| 24MP AI Camera 5.84 " Honor FullView Display Aurora Glass Design Ultrasonic Fingerprint product color is for reference only | 1. Kamera AI 24MP 2. Paparan Penuh Honor 5.84" 3. Reka Bentuk Cermin Aurora 4. Pengecam Cap Jari Ultrasonik | Lain-lain | 23.05.2018 |
| Hi, after click on the link under no. Kelulusan .. there is error occured. attached herewith for your reference and rectify. Thank you. | Sila berhubung terus dengan Pegawai Sistem Maklumat DBP, Encik Saufi di talian 03-2147 9389. | Lain-lain | 16.07.2014 |
| hi, good days. I just need the help for the short forms like: ttg, dsb, tsb, Kd, bp. May I know where is the reference for these short forms? many thanks | Untuk makluman saudara, kependekan tersebut terdapat di halaman li di dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Kependekan tersebut terakam di dalam semua Kamus Dewan terbitan DBP. Saudara disarankan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dalam pertanyaan Khidmat Bahasa DBP. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
| Saya ingin menghasilkan buku teknikal berkenaan catur yang merangkumi Undang-undang Catur, Garispanduan Menjayakan Pertandingan Catur, Sistem Pertandingan dan Penggunaan Program Didalam Penganjuran Catur. Kebanyakkan buku-buku reference adalah didalam bahasa Inggeris jadi saya bertujuan untuk mengolahnya kedalam Bahasa Malaysia/Melayu. Undang-undang Catur adalah sesuatu yang umum jadi, perlukah saya mendapat kebenaran dari mana-mana pihak untuk menerbitkannya untuk mengelak plagiarism. Juga, saya didalam usaha menerbitkan buku Belajar Bermain Catur kerana saya rasa tidak ada lagi buku sebegini didalam bahasa Malaysia/Melayu dan kalau ada pun, mungkin ia nya telah dicetak disekitar pertengahan 60an. Adakah DBP menyokong penerbitan buku-buku seperti ini dan apakah garis panduan yang perlu saya ikuti i.e. tebal buku (perlu kah ada minima/maksima muka surat), dan juga penggunaan bahasa kerana beberapa terma dan terjemahan perkataan tidak mungkin terdapat didalam Bahasa Malaysia/Melayu. Harap dapat penjelasan | Pihak kami mengalu-alukan hasrat Saudara untuk menulis buku tersebut. Pihak kami bersedia untuk mempertimbangkan penerbitan buku tersebut sekiranya Saudara menyerahkan manuskripnya nanti kepada DBP. Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk bercetak, dan juga dalam bentuk digital. Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan. Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis buku. Tebal manuskrip bergantung kepada kandungan manuskrip yang Saudara tulis dan kepada siapa manuskrip tersebut ditujukan, dan tidak ada syarat khusus mengenainya. | Lain-lain | 09.07.2012 |
| Saya ingin bertanya penulisan yang betul bagi perkataan Inggeris dalam ayat Bahasa Melayu. Adakah perlu diitalickan walaupun telah dikurungkan dalam ()? Cth: Boleh dipercayai (Reliable) Pendekatan Amalan baik (Best Practice Approach) RAM (Random Access Memory) Terma Rujukan (Term of Reference - TOR) Soalan kedua: Input / Output perlu diitalickan atau tidak sekiranya digunakan dalam ayat B.M? Bagaimana cara penulisan yang betul? Mohon nasihat daripada yang pakar. Terima kasih. | Perkataan bahasa Inggeris tidak perlu diitalikkan sekiranya telah diletakkan tanda kurung. Penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang mesti diitalikkan adalah sekiranya dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau bahasa asing lain. Perkataan input dan output tidak perlu diitalikkan kerana telah diterima sebagai istilah yang rasmi dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 11.10.2012 |
| Search for one way or return flights below or click here for multiple destinations: Please be aware that you have rejoined the sita pts booking engine out of sequence when we where expecting payment to be completed. Please finish entering details on the payment pages, or phone our helpdesk on "callcentre number" quoting the reference number ITD00001069. Error: Original fare was no longer available please check new price Either a home, work or mobile telephone number must be present Comments Net Search for point to point flights below by filling as many rows as you require. Click here for the standard requirements page Search for flights to build your own trip (availability led) Forgotten Password If you have forgotten your password, please key-in the information requested below to receive a reminder by email. Please key-in either your user name or the email address that you registered with and click send. | Pihak kami hanya menyediakan perkhidmatan menyemak teks terjemahan, dan bukannya menterjemah teks daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. | Lain-lain | 20.11.2007 |