Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.fe.rén.dum] | ريفريندوم

Definisi : (réferéndum) pemungutan suara rakyat berhubung dgn sesuatu dasar politik, dsb yg penting, pungutan suara: dgn ~ ini, semua rakyat ditanyai buah fikiran mereka berkenaan sesuatu masalah yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata referendum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi "eu referendum"? Konteks ini berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempt, referendum bermakna pungutan suara rakyat. "eu" pula kependekan kepada kesatuan Eropah.  Jadi eu referendum bermaksud referendum kesatuan Eropah.Makna29.03.2014
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "regional referendum"? Konteks berkaitan dengan politik (undi). Terima kasih.Terjemahan bagi "regional referendum" ialah pungutan suara wilayah. Wilayah merujuk kepada negeri, kawasan yang dibuat sempadan zon seperti zon utara, zon selatan, zon timur dan zon barat, atau daerah.Penyemakan dan penterjemahan29.03.2014
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima.Makna13.11.2015

Kembali ke atas