YUSMIZEE NATUROPATHIC CENTRE RAWATAN, PERUBATAN, KURSUS DAN CERAMAH RAWATAN ALTERNATIF, PENAWAR HOMEOPATI, BEKAM, AKUPUNTUR, TERAPI HIPNOSIS, RAWATAN REGANGAN TULANG PINGGUL DAN TULANG BELAKANG. | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, tuan/puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 13.05.2015 |
Rarefaction dalam bahasa melayu ialah renggangan. Harap perkataan ini dapat dimasukkan dalam pencarian PRPM untuk membantu pencarian pelajar dan guru Fizik. Rujukan: soalan SPM 1974 and previous text books (Fizika Moden 1979 & Fizik Tingkatan 5, 2002) menunjukkan sejak 1970an perkataan renggangan / kerenggangan digunakan untuk rarefaction dalam bahasa melayu. Sejak kebelakangan ini, dalam soalan SPm dan sebagainya, perkataan regangan digunakan. Penggunaan perkataan ini adalah salah bagi istillah fizik ini. | Untuk makluman tuan/puan, perkataan rarefaction telah ada padanan bahasa Melayu, iaitu renggang atau perenggangan. Tuan/puan boleh merujuk pautan di bawah untuk perkataan renggang dan rarefaction. Maksud renggang - https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=renggang&d=28648& Hasil carian perkataan rarefaction - https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=rarefaction&d=28648&#LIHATSINI | Istilah | 07.10.2020 |
DALAM SESUATU DOKUMEN RASMI KERAJAAN, PENGUNAAN PERKATAAN "RFP"(REQUEST FOR PROPOSAL) PERLU DALAM BENTUK ITALIC ATAU TIDAK PERLU ? | Salam sejahtera, Penerbitan Gaya Dewan Penulisan perkataan Request For Proposal (RFP) berdasarkan penerbitan Buku Gaya Dewan, dalam sesuatu dokumen rasmi kerajaan: Tidak perlu italik. Ini kerana bahasa asing yang menunjukkan padanan, tidak perlu italik. Tetapi bahasa asing yang menunjukkan penerangan perlu italik. Contohnya, regangan (… selepas warm up …) | Lain-lain | 18.08.2022 |