Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. act of controlling, pengawalan: the ~ of traffic in the crowded city streets, pengawalan lalu lintas di jalan-jalan sesak di kota; the ~ of government expenditure, pengawalan perbelanjaan kerajaan; 2. rule, order, peraturan: safety ~s, peraturan keselamatan; that is against the ~, perkara itu bertentangan dgn peraturan; 3. (attrib) conforming to rule, statutory, ditetapkan: the ~ haircut of the marines, potongan rambut yg ditetapkan bagi anggota marin; the ~ uniform of an air stewardess, pakaian yg ditetapkan bagi pramugari. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata regulation


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, mohon bantuan untuk menterjemahkan perkataan-perkataan ini mengikut istilah psikologi pendidikan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu..towards accomplishment, to experience stimulation, identified regulation, introjected regulation, integrated regulation, amotivation. Sekian, terima kasih.Terjemahn bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

towards accomplishment - ke arah mencapai/untuk mencapai
to experience stimulation - mengalami rangsangan
identified regulation - peraturan yang dikenal pasti
introjected regulation - peraturan yang diserapkan
integrated regulation - peraturan yang disepadukan/peraturan bersepadu 
amotivation - tidak bermotivasi/kurang motivasi  
 
Penyemakan dan penterjemahan12.01.2016
SAYA TELAH MENGGUNAKAN DI CARIAN KATA UNTUK ISTILAH-ISTILAH BERIKUT NAMUN TIDAK DIJUMPAI.KESEMUA ISTILAH INI ADALAH DARI SUDUT PSIKOLOGI. 1) SELF DETERMINATION THEORY 2)IDENTIFIED REGULATION 3)INTROJECTED REGULATION 4)INTERGRATED REGULATION 5)EXTERNAL REGULATIONCadangan kami:
1. SELF DETERMINATION THEORY - teori penentuan diri
2. IDENTIFIED REGULATION - peraturan yang ditetapkan/peraturan yang dikenal pasti
3. INTROJECTED REGULATION - (tiada dalam data kami) 
4. INTERGRATED REGULATION - peraturan bersepadu
5. EXTERNAL REGULATION - peraturan luar
Penyemakan dan penterjemahan15.02.2018
Salam sejahtera, Tuan, Saya sedang menulis tesis PHD di USM, justeru saya ingin mengetahui perkataan Melayu yang paling sesuai untuk perkataan bahasa Inggeris yang berikut; 1. self-determination 2. self regulation 3.psychological empowerment 4.self realization Mohon jasa baik tuan untuk membantu saya. Sejuta penghargaan dan terima kasih saya dahului. Yang benar, Sohba Velloo Universiti Sains Malaysia Pulau PinangCadangan kami, frasa yang berikut diterjemahkan kepada:
1. self-determination - penentuan diri, penentuan nasib sendiri
2. self regulation - pengaturan diri, pengaturan sendiri
3. psychological empowerment - pengehakupayaan psikologi 
4. self realization - realisasi kendiri
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my.  
Penyemakan dan penterjemahan26.12.2014
Tuan/Puan, Apa padanan "section" dalam Bahasa Melayu bagi konteks ayat di bawah: "(g) the establishment and regulation of pensions, superannuation and provident fund schemes for the staff or any section of them;". Sekian, terima kasih.

Pihak DBP mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “section” ialah “golongan”, “bahagian” atau “seksyen” bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat.

 

Lain-lain07.10.2021
Saya ingin memohon untuk mendapatkan kepastian mengenai terjemahan perkataan yang telah dilakukan oleh saya. Adakah ia bersesuaian dengan pihak DBP atau dengan siapakah yang perlu saya rujuk untuk mendapat kepastian mengenai permasalahan ini? 1. Emotion regulation diterjemah menjadi regulasi emosi 2. Cognitive reappraisal diterjemah menjadi penilaian kognitif 3. Expressive suppression diterjemah menjadi penekanan ekspresi

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:

1. Emotional regulation: Pengawalaturan/regulasi emosi

2. Cognitive reappraisal: Penilaian semula kognitif

3. Expressive suppression: Penekanan/penindasan ekspresif

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.



Istilah21.02.2022
Apakah terjemahan yang terbaik untuk ' Substance Requirements' ? (Ekonomi) Ini bukan bahan. Ia merujuk kepada keperluan fizikal ekonomi di Labuan Contoh ayat: The substance regulation was gazetted on 31 December 2018 and took effect on 1 January 2019. With the amendments made to Labuan legislations, FHTP has concluded that Labuan IBFC is in compliance with the FHTP’s standards and not harmful.Tiada istilah khusus untuk "Substance Requirements" namun "Substance Requirements" bermaksud keperluan fizikal ekonomi.Istilah27.08.2019
Bolehkah perkataan/jawatan "Chief Regulatory Officer" diterjemahkan kepada "Ketua Pegawai Regulatori"? Pihak kami menggunakan padanan terjemahan "Kawal Selia" atau "Pengawalseliaan" selama ini untuk perkataan "Regulatory" atau "Regulation".Terjemahan yang sesuai bagi perkataan/jawatan "Chief Regulatory Officer" ialah Ketua Pegawai Kawal SeliaMakna03.03.2017
Adakah padanan bagi "iodine-containing compounds" ialah "sebatian yang mengandungi iodin"? seperti dalam ayat di bawah ini. 393A.(7) The addition of iodine-containing compounds to salt substitutes shall be in accordance with regulation 285 of these Regulations. 393A.(7) Penambahan sebatian yang mengandungi iodin pada pengganti garam hendaklah mengikut kehendak peraturan 285 Peraturan-Peraturan ini.

Cadangan padanan yang sesuai bagi istilah iodine-containing compounds ialah sebatian mengandungi iodin. Ayat yang betul ialah Penambahan sebatian mengandungi iodin ke dalam pengganti garam hendaklah mengikut peraturan 285 peraturan-peraturan ini.

Istilah22.07.2021
Apakah perkataan "metabolised" dalam ayat di bawah ini yang dipadankan dengan "dimetabolasi" betul dari aspek tatabahasa. Melalui semakan kami di prpm, tiada perkataan "metabolised" tetapi terdapat perkataan "metabolise/metabolize" iaitu memetabolismekan. 388.(2) For the purposes of this regulation, the term “carbohydrate” includes alcohol, glycerol, sorbitol or sugar alcohol, and any carbohydrate substance that is capable of being metabolised. 388.(2) Bagi maksud peraturan ini, terma “karbohidrat” termasuklah alkohol, giserol, sorbitol atau gula alkohol, dan apa-apa bahan karbohidrat yang boleh dimetabolasi.Tuan boleh membetulkan ayat tersebut seperti di bawah:
Bagi maksud peraturan ini, terma “karbohidrat” termasuklah alkohol, giserol, sorbitol atau gula alkohol, dan apa-apa bahan karbohidrat yang menggunakan kaedah metabolisme.
Tatabahasa18.07.2021
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "vended water". Adakah tepat ia dipadankan sebagai "air daripada mesin jual air". Selain itu, kami ingin memohon nasihat sama ada terjemahan ayat di bawah ini adalah betul dari aspek tatabahasa dan penggunaan perkataan seperti perkataan "mendispens" dan "didispens". Vended water 360c. (1) For the purpose of this regulation— “water-vending machine” means any self-service machine that upon insertion of a coin, token or by any other means automatically dispenses unit volume of water for drinking or other purposes involving a likelihood of the water being consumed by human; and “machine-vended water” means any water that is dispensed by a water-vending machine, which is not placed by a bottler in sealed containers for human consumption. Air daripada mesin jual air 360c. (1) Bagi maksud peraturan ini— “mesin jual air” ertinya apa-apa mesin layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu diminum oleh manusia; dan “air daripada mesin jual air” ertinya apa-apa air yang didispens oleh mesin jual air, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Untuk makluman, tiada istilah khusus untuk vended water. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah vended water ialah mesin air layan diri, manakala bagi perkataan mendispens dan didispens boleh digunakan dalam ayat seperti yang berikut:

1. Mesin jual air - Apa-apa mesin air layan diri yang apabila dimasukkan syiling, token atau melalui apa-apa cara lain akan secara automatik dapat mendispens unit isi padu air untuk diminum atau kegunaan lain yang melibatkan kemungkinan air itu sedia diminum oleh manusia.

2. Air daripada mesin jual air - Apa-apa air yang didispens oleh mesin air layan diri, yang tidak diletakkan oleh pembotol di dalam bekas kedap untuk kegunaan manusia.

Istilah18.07.2021
12

Kembali ke atas