Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.ha.bi.li.ta.si] | ريهابيليتاسي

Definisi : (réhabilitasi) IB pemulihan kpd keadaan yg dahulu, pemulihan kehormatan; merehabilitasikan memulihkan kpd ke­adaan yg dahulu, memulihkan kehormatan (nama baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rehabilitasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum w.b.h., Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa definisi kaunseling dalam PRPM DBP adalah tidak tepat dan mengelirukan. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kaunseling Sehubungan itu, dikemukakan definisi berikut untuk perhatian; Kaunseling bererti "suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien (Akta Kaunselor 1998)." chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://warga.nres.gov.my/sites/epsikologi/Documents/Pekeliling/Akta%20Kaunselor%201998.pdf Menurut APA (2018), kaunseling bermaksud bantuan yang profesional bagi menangani permasalahan peribadi, yang merangkumi emosi, tingkah laku, vokasional, perkahwinan, pendidikan, rehabilitasi dan permasalahan berkaitan dengan peringkat kehidupan. https://dictionary.apa.org/counseling Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam.
Tuan, terima kasih atas pandangan tuan.
Untuk makluman tuan, takrifan kaunseling dalam PRPM (kamus) ialah takrifan secara umum sahaja. 
Walau bagaimanapun, kami mengambil perhatian terhadap pandangan tuan dan akan menyesuaikan takrifan kaunseling yang tuan cadangkan dengan takrifan yang sedia ada untuk kamus edisi yang akan datang.
Makna30.06.2025

Kembali ke atas