Salam sejahtera, Saya ada persoalan mengenai cara penulisan ayat berikut: Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA (Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority) atau Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA - Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority) atau Pemulihan Tanah Persekutuan - Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA). Yang mana satukah yang betul antara ketiga-tiga cara penulisan di atas? Terima kasih. | Cara penulisan yang boleh digunakan ialah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority - FELCRA). | Tatabahasa | 22.12.2020 |
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah terjemahan bahasa Melayu yang betul untuk istilah kewangan "regularise"? Contoh penggunaan istilah adalah "Rehabilitation is a repayment programme tailored for the customer to regularise the loan account." (sumber: Maybank) serta "DCMT and the Company will discuss with AmBank to regularise the outstanding payment of the Total Outstanding Amount." dan "The Company will make the necessary announcement on further development of the regularisation plan in accordance with the requirements under PN17 of the Listing Requirements." (sumber: Bursa Malaysia). Terima kasih. | Perkataan regularise/regularize boleh diterjemahkan kepada mengurus atau mengawal (mengurus akaun pinjaman/mengawal akaun pinjaman). Walau bagaimanpun, cadangan terjemahan ini bukanlah mutlak dan bergantung pada konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.07.2019 |
Apakah istilah peterjemahan yang paling sesuai dalam BM untuk "conservation" pada ayat berikut: Care or treatment that do not lead to a recovery, conservation of your condition or restoration to your previous state of health. | Perkataan ‘conversation’ diterjemahkan sebagai ‘pemuliharaan’. Mengikut konteks ayat yang dikemukakan subjeknya ialah manusia, kita tidak menggunakan ‘pemuliharaan’ tetapi ‘pemulihan’. Pada pendapat kami, istilah bahasa Inggeris ‘rehabilitation’ bukannya ‘conservation’. | Istilah | 26.01.2015 |
Mohon khidmat nasihat bagi terjemahan perkataan "double burden of malnutrition" dan "settings" dalam bahasa Malaysia yang akan digunakan dalam dasar kebangsaan. Saya sertakan definisi dan penggunaan dalam ayat bagi membantu tuan/puan memahami konteks ayat seperti di lampiran. Sekian, terima kasih. | 1. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud "malnutrition" ialah pemakanan tak seimbang. Manakala merujuk daripada bidang perubatan, veterinar, dan sosiologi bermaksud malnutrisi atau malpemakanan daripada bidang gerontologi dan pentadbiran perniagaan. Bagi maksud "double burden" pula ialah beban berganda. Maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "double burden of malnutrition" ialah beban berganda malpemakanan atau beban berganda malnutrisi. 2. Cadangan terjemahan bagi maksud"settings" yang diberikan mengikut konteks ayat yang diberikan, iaitu “Establishing and implementing innovative and effective prevention, intervention and rehabilitation strategies and programmes to address the double burden of malnutrition at various settings and levels.” ialah “Membangun dan melaksanakan strategi dan program pencegahan, intervensi dan pemulihan pemakanan yang inovatif dan berkesan bagi menangani masalah beban berganda malnutrisi pada peringkat dan penetapan yang pelbagai.” | Makna | 07.12.2020 |