boleh pihak DBP berikan infrmasi tentang prosa tradisional Rejang.Melalui laman web ini, saya tidak memperoeh sebarang informasi mengenainya walhal prosa itu merupakan prosa tradisional.Saya nak tau tentang ciri-ciri, latar belakangnya dan apa-apa yang boleh melengkapkan tugasan saya secepat mungkin.saya berminat untuk mengkaji jenis sastera ini kerana saya hanya mendapat informasi bahawa ia adalah sejenis pantun. Kenapa tidak didedahkan????? | Rejang ialah istilah astrologi, iaitu nama satu siri lambang-lambang yang mewakili tia-tiap hari dalam sebulan. Lambang-lambang ini dipercayai mempunyai pengaruh kepada nasib atau raksi pada hari-hari yang berkenaan. Dalam erti kata lain, rejang ini ialah satu ramalan tentang nasib manusia sama seperti bintang dua belas (zodiak) yang kita kenali hari ini. Untuk menjelaskan tentang nasib atau ramalan seseorang , masyarakat Melayu dahulu telah menulis rejang dalam susunan puisi Melayu. Antara bentuk puisi Melayu lama yang digunakan untuk menulis rejang ialah syair dan pantun. Contoh rejang yang telah ditemui ialah "Syair Rejang" dan "Pantun Rejang". Untuk mendapatkan contoh-contoh rejang, saudari yang budiman bolehlah merujuk buku "Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi" oleh Harun Mat Piah, terbitan DBP, tahun 1989. Untuk merujuk buku ini saudari boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, Kuala Lumpur. Budi Bahasa Budaya Kita. | Lain-lain | 15.01.2008 |
Soalan berkaitan ejaan tepat berikut: "Di rantau Alam Melayu pula, beberapa suku masyarakat di Sumatera seperti Batak dan Rejang didapati menggunakan kulit kayu sebagai alas tulisan mereka " Perkataan Alam Melayu di eja sebagai alam Melayu atau Alam Melayu dalam konteks ayat tersebut? Terima kasih. | Kata "alam" dalam frasa "alam Melayu" dalam ayat tersebut dieja dengan huruf kecil kerana perkataan "alam" bererti kerajaan atau negeri yang umum sifatnya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:53). Keadaan ini berbeza jika frasa ini telah mengandungi konsep tertentu dan dijadikan kata nama khas. | Lain-lain | 15.10.2022 |