Salam, mohon penjelasan. Perkataan " reka bentuk" ditulis terpisah, jika perkataan ini dijadikan judul/tajuk bagaimana ia ditulis (capital letter keduanya atau tidak). Contohnya: 'Perancangan Reka Bentuk dan Pembangunan' atau 'Perancangan Reka bentuk dan Pembangunan'. TERIMA KASIH :) | Sekiranya perkataan reka bentuk dijadikan judul, kedua-dua huruf awal dieja dengan huruf besar seperti "Perancangan Reka Bentuk dan Pembangunan". | Tatabahasa | 29.10.2013 |
Apakah maksud: 1. Papan tanda 2. Papan jalan 3. Papan tulis 4. Reka atur 5. Reka letak 6. Muka pintu 7. Muka taip 8. Balai cerap 9. Bahu jalan sama dengan tepi jalan? Terima kasih atas penjelasan tuan. | 1. Papan tanda bermaksud papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dan sebagainya). 3. Papan tulis ialah papan yang biasanya bercat hitam tempat menulis dengan kapur. 5. Reka letak ialah susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pada iklan atau halaman buku, surat khabar, dan lain-lain. 6. Muka pintu bermaksud ambang pintu. 7. Muka taip bermaksud a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; 8. Balai cerap ialah bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dsb; 9. Bahu jalan bermaksud bahagian tepi atau sisi jalan (di luar bahagian untuk laluan kenderaan). Istilah reka atur dan papan jalan tiada dalam data kami. Istilah yang betul papan tanda nama jalan, iaitu yang digunakan untuk meletakkan nama jalan. | Makna | 26.11.2013 |
HURAIKAN SECARA TERPERINCI APAKAH KEPENTINGAN PROSES PENYUNTINGAN DALAM PENULISAN MANUSKRIP? | Penyuntingan ialah proses menyemak semula manuskrip yang telah siap ditulis. Semakan dibuat dari segi fakta, bahasa, persembahan, dan reka letak/ reka bentuk. Tujuannya supaya manuskrip itu lengkap, betul/tepat, dan mudah difahami oleh pembaca apabila telah dicetak menjadi buku. Penyuntingan ada dua jenis, iaitu substantif ( sunting isi/fakta) dan kopi (sunting bahasa dan teknikal). | Makna | 25.09.2006 |
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123). | Salam tuan budiman, manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi: Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my | Lain-lain | 03.12.2019 |
Istilah penggunaan reka bentuk, pembinaan dan pembangunan... Apakah kesesuaian konteks ketiga-tiga perkataan di atas....Contohnya: Saya ingin membina/membangun/merekabentuk garis panduan atau design guidelines...I want to develop design guidelines | Kami mencadangkan ayat tersebut dipinda menjadi "Saya ingin membuat garis panduan". Untuk melihat perbezaan makna kata dan penggunaannya sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.
| Tatabahasa | 25.02.2015 |
Salam, Saya ingin tahu sinonim reka. Kami ingin mengarang ayat dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan 'designed' namun pihak atasan tidak setuju untuk menggunakan perkataan 'reka', beliau lebih suka dengan perkataan yang melambangkan 'pembinaan' tetapi tidak menggunakan perkataan 'pembinaan'. Selain itu, encik ada cadangan terjemahan "Cyberjaya designed for creator" tak? Terima kasih. | Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "design" ialah reka bentuk. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat bahasa Inggeris yang diberikan, "design" boleh djuga diterjemahkan kepada dibina. Contohnya: Cyberjaya yang dibina untuk pencipta atau Cyberjaya yang direka bentuk untuk pencipta. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.08.2016 |
Saya nak bertanya yang mana betul . Reka cipta atau rekacipta | Ejaan yang betul ialah "reka cipta". | Ejaan | 17.08.2015 |
Reka bentuk, mempunyai jarak atau tidak? Bagaimana pula dengan mereka bentuk? tolong jelaskan dari aspek jarak ini. Saya musykil. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah reka bentuk, mereka bentuk. Perkataan yang mempunyai makna tersendiri hendaklah dieja jauh kecuali 15 kata majmuk yang telah mantap. Antaranya ialah seruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawa, kakitangan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 29.04.2009 |
Saya selalu hadapi masalah bila menulis ayat yang mengandung kata 'reka bentuk' jika ditambah awalan me. Contoh ayat: Kerja-kerja mereka bentuk akan siap sebulan lagi. Saya dapati kata awalan me + reka bila digabung selalu sering disalah tafsir jadi 'mereka' (they). Untuk atasi masalah ini, saya lebih suka menggabungkan istilah itu jadi satu kata tunggal 'rekabentuk' untuk disesuaikan dengan kata 'design' dalam bahasa Inggeris. Jadi apakah ada kreteria yang perlu saya tahu untuk menulis satu istilah yang terdiri dari gabungan dua kata seperti ini? Mohon jawapan | Ejaan yang betul ialah reka bentuk, mereka bentuk. Perkataan yang mempunyai makna tersendiri hendaklah dieja jauh kecuali 15 kata majmuk yang telah mantap. Kata majmuk hendaklah ditulis secara terpisah iaitu dua perkataan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk keterangan lanjut dan boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui ejaan yang tepat. | Tatabahasa | 22.02.2013 |
Yang manakah antara 2 perkataan berikut merupakan ejaan yang betul:- Rekabentuk atau Reka Bentuk | Ejaan yang tepat ialah reka bentuk. | Lain-lain | 13.07.2010 |