Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réka bentuk) rancangan (corak, bentuk, dsb) yg menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dsb): pengetahuannya tentang penerbangan dibuktikan oleh ~ kapal terbangnya yg pertama; mereka bentuk membuat reka bentuk (gambaran, lukisan, dll); pereka bentuk orang yg mereka bentuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réka bentuk/ corak atau bentuk sesuatu yg direka. mereka bentuk membuat reka bentuk sesuatu (spt kereta, rumah). pereka bentuk orang yg membuat reka bentuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reka
Kata Terbitan : mereka, mereka-reka, rekaan, pereka,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, mohon penjelasan. Perkataan " reka bentuk" ditulis terpisah, jika perkataan ini dijadikan judul/tajuk bagaimana ia ditulis (capital letter keduanya atau tidak). Contohnya: 'Perancangan Reka Bentuk dan Pembangunan' atau 'Perancangan Reka bentuk dan Pembangunan'. TERIMA KASIH :)Sekiranya perkataan reka bentuk dijadikan judul, kedua-dua huruf awal dieja dengan huruf besar seperti "Perancangan Reka Bentuk dan Pembangunan".Tatabahasa29.10.2013
Yang manakah antara 2 perkataan berikut merupakan ejaan yang betul:- Rekabentuk atau Reka BentukEjaan yang tepat ialah reka bentuk.Lain-lain13.07.2010
Mohon kepastian ejaan perkataan berikut , mana yang betul : rekabentuk atau reka bentukEjaan yang betul ialah reka bentuk.Ejaan15.05.2012
hubungkait:sepatutnya hubung kait ke (2 patah perkataan)rekabentuk : reka bentuk tanggungjawab: tanggung-jawab? betul keEjaan yang betul:1. hubung kait 2. reka bentuk 3. tanggungjawabEjaan22.11.2002
Reka bentuk, mempunyai jarak atau tidak? Bagaimana pula dengan mereka bentuk? tolong jelaskan dari aspek jarak ini. Saya musykil. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah reka bentuk, mereka bentuk. Perkataan yang mempunyai makna tersendiri hendaklah dieja jauh kecuali 15 kata majmuk yang telah mantap. Antaranya ialah seruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawa, kakitangan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa29.04.2009
Bolehkah "artwork" dalam Bahasa Inggeris di terjemah sebagai "seni kerja" dalam Bahasa Malaysia? "Reka bentuk" dan "seni kerja" adakah perkataan tersebut dieja sebagai satu perkataan atau diasingkan?'art work' boleh diterjemahkan kepada seni kerja. Ejaan reka bentuk dan seni kerja ditulis dalam dua perkataan.Tatabahasa15.01.2011
Motosikal ini mempunyai ciri-ciri yang inovatif serta reka bentuk yang lebih tegar. Bolehkah perkataa tegar digunakan? Jika tidak, apakah perkataan yang lebih tepat? T.kasih

Perkataan tegar tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana tegar lebih membawa kepada perasaan seperti keras hati, degil dan sebagainya. Cadangan kami, ialah 'Motosikal ini mempunyai ciri-ciri yang inovatif serta reka bentuk yang lebih menarik'.

Istilah19.01.2011
graphic design Perkhidmatan Kreatif dan Grafikreka bentuk grafik Perkhidmatan Multimedia dan GrafikTatabahasa02.12.2008
Ejaan 'KONVOKESYEN' untuk rekaan kulit buku boleh atau tidak di reka bentuk dengan perkataan 'Konvo' dan 'kesyen' dipisahkan dalam dua baris tanpa kata pemisah. Jika boleh kenapa? dan jika tidak boleh mengapa?Ejaan yang betul ialah "Konvokesyen" dan itulah jawapannya. Jika ditulis dalam dua baris berbeza hendaklah ada tanda sempang yang memisahkannya.Ejaan14.06.2011
saya nak tahu maksud interior designInterior design bermaksud reka bentuk dalaman.Istilah14.02.2008
1234

Kembali ke atas