Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.kod] | ريکود

Definisi : (rékod) II piring hitam: ~-~ lagu Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.kod] | ريکود

Definisi : (rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~ baharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~ men­capai prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi terbaik yg pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih lengkap; mengumpulkan ~ dan doku­men lama; ~ pelajaran (pekerjaan) catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd catat­an orang-orang Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg baik; merekodkan mencatat: ~ hasil kerja; ~ pergerakan kapal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.kod] | ريکود

Definisi : /rékod/ 1 hasil yg terbaik (tercepat, tertinggi dsb) dlm per­tandingan olahraga: hasil yg terbaik dlm pendapatan: Dia berjaya mencipta ~ baru dlm acara lari 400 meter. memegang ~ mencapai hasil yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi hasil terbaik yg pernah dicapai. 2 catatan yg dibuat utk diingat; keterangan yg sudah dicatat: ~ pelajaran catatan mengenai pelajaran. 3 butir-butir latar belakang seseorang: Ia mempunyai ~ yg baik. merekodkan memasukkan ke dlm rekod; mencatat: ~ hasil kerja. perekodan perbuatan atau hal merekodkan: ~ yg dilakukan dpt membantu para pengkaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ré.kod] | ريکود

Definisi : /rékod/ piring hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rekod
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :catat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi rekod?kepentingan rekod?ciri-ciri rekod?tujuan rekod?definisi return?tanggungjawab merekod?apa itu return?tanggungjawab return?Kami mohon maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan ini kerana diluar skop perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, dari segi literal,  menurut Kamus Dewan; 

rekod (rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~ baharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~ mencapai prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi terbaik yg pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih lengkap; mengumpulkan ~ dan dokumen lama; ~ pelajaran (pekerjaan) catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd catatan orang-orang Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg baik;

merekodkan mencatat: ~ hasil kerja;

Lain-lain01.05.2008
Saya ingin mendapatkan maksud sebenar rekod yang lebih jelas. Boleh tak jelaskan dengan lebih terperinci memandangkan ayat yang saya sertakan di bawah ini masih belum terperinci "Rekod bermaksud apa-apa catatan, minit dan dokumen yang diwujudkan"Menurut kamus Dewan, "rekod" membawa maksud: 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan. 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat. 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang.Makna11.06.2013
Unit Rekod Perubatan Pengarah HospitalMedical Records Unit Hospital DirectorLain-lain29.05.2007
Ayat A - Pihak tuan hendaklah menyediakan Buku Rekod Pengawasan disetiap pusat peperiksaan bawah pengendalian tuan. Ayat B - Pihak tuan hendaklah menyediakan Buku Rekod Pengawasan disetiap pusat peperiksaan di bawah pengendalian tuan. Ayat mana yang betul? Perlukah ayat ini diperbaiki? Kalau perlu, bagaimana? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Pihak tuan hendaklah menyediakan Buku Rekod Pengawasan di setiap pusat peperiksaan di bawah pengendalian tuan.  (frasa disetiap hendaklah dijarakkan = di setiap).Tatabahasa12.01.2010
Salam Tuan, Kemanakah perginya rekod pertanyaan yang boleh kita rujuk dahulu? Sekarang saya dapati saya tidak dapat melihat rekod soalan-soalan yg pernah ditanya melalui ruang ini. Atau, bagaimanakah boleh saya merujuk kpd soalan-soalan lama yg dipernah ditanya seperti dahulu? SiblyUntuk makluman saudara, medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam buat sementara waktu. Medan ini akan dibuka semula setelah kerja mengemas kini jawapan selesai dilaksanakan.Lain-lain16.08.2011
Saya cuba daftar tetapi rekod tidak dapat disimpan. Jadi saya harap dapat menerima bantuan dengan cara ini. Saya perlukan terjemahan istilah genetik narrow-sense heritabilities dalam Bahasa Melayu. TK

Ejaan yang betul ialah narrow-sense heritability. Maknanya ialah keterwarisan erti sempit.

Istilah18.12.2008
maksud 'selah'Kata yang saudara maksudkan tiada dalam rekod simpanan kami.Makna06.05.2009
MAKSUD KONDUTIF DALAM KAMUS DEWANKondutif tiada dalam rekod kami. Yang ada ialah kondusif yang bermaksud sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu: dgn penyediaan persekitaran yg ~, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yg menggalakkan; keadaan ini dikatakan tidak ~ dlm melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yg berwibawa.Makna11.11.2007
saya mencari perkataan maslahah dalam bahagian carian kata, tetapi tiada rekod dijumpai.Ada atau tidak perkataan maslahah did alam kamus dewan?adakah ejaannya betul?? MASLAHAHMaslahah dieja maslahat dalam Kamus Dewan iaitu kata Arab yang bermaksud sesuatu yang berfaedah (berguna), usaha dan sebagainya yang mendatangkan faedah.Istilah26.02.2010
Istilah bahasa malaysia bagi "Particle Swarm Optimization"??? Istilah ini tiada dalam rekod DBP. Terima kasihUntuk makluman, elum ada istilah bahasa Melayu untuk particle swarm optimization. Sekiranya tuan memerlukan cadangan istilah bahasa Melayu daripada pihak kami, sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut dan juga konteks penggunaannya.Istilah16.01.2012
12345

Kembali ke atas