common rail | rel sepunya (kejuruteraan) | Makna | 04.04.2007 |
spinach - spinal adj of, rel to the spine, spina: a ~ disease, penyakit spina; a ~ malformation, pencanggaan spina. Pentakrifan bagi perkataan "spinach" adalah salah. | Terima kasih atas keprihatinan puan dalam perkara ini, pihak kami akan membetulkan kesilapan data lama yang masih terdapat dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 28.11.2019 |
Ketika ini kata "elevated" untuk istilah seperti "elevated highway" dan "elevated rail" diterjemahkan dengan berbagai terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "lebuhraya bertingkat" dan rel ternaik. Jadi soalan saya, yang mana satu betul untuk terjemahan kata elevated, apakah 'bertingkat' atau 'ternaik'? Untuk rujukan, Indonesia menerjemahkan kata elevated ke dalam bahasa Melayu di sana sebagai 'layang' | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk elevated highway dan elevated rail. Walau bagaimanapun, istilah yang dicadangkan ialah lebuh raya bertingkat dan rel bertingkat. | Istilah | 16.10.2012 |
Selaku ketua taskforce program Railway Engineering di UTHM, saya inginkan perkataan yang sesuai utk "Railway Engineering". Perbicangan dengan KTMB, Monorel, LRT, SPAD mendapati perkataan 'keretapi' tidak sesuai. Majoriti mereka mencadangkan 'rel' walaupun ada mencadangkan 'relway' dan 'tren'. Mohon cadangan balas pihak DBP. Terima kasih. Wasalam, Khalid | Untuk makluman tidak ada istilah khusus untuk railway engineering dalam pangkalan data kami. Padanan istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kejuruteraan pengangkutan rel. | Istilah | 07.07.2011 |
apakah yang dimaksudkan dengan kecindan | Kata kecindan bermaksud kata-kata yang lucu dan menggelikan hati. Sila layari PRPM rel="noopener noreferrer nofollow" style="color: blue; font-size: small;">https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu. | Makna | 08.09.2024 |
Apakah maksud tatatingkat | Kata tatatingkat bermaksud susunan atau kedudukan tinggi rendah dalam sesuatu organisasi, jabatan, masyarakat dan sebagainya berdasarkan taraf, pangkat atau kuasa. Sila layari PRPM rel="noopener noreferrer nofollow" style="color: blue; font-size: small;">https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu. | Makna | 09.09.2024 |
Salam sejahtera, kalau mengeja kata nama asing (nama am ataupun nama khas) patutkah tanda diakritik dikekalkan atau digugurkan dalam penulisan bahasa Melayu? Misalnya dalam bahasa Turki, Uzungöl, Şeraho, Çamlıca, Erdoğan; dalam Perancis, liberté, Laïcité. | Kata nama khas bagi tempat bahasa asing dieja mengikut Pedoman Penulisan Nama Geografi Antarabangsa (1992) dalam penulisan bahasa Melayu atau penggunaannya di Malaysia. Tanda diakritik tidak diletakkan. Sila layari PRPM rel="noopener noreferrer nofollow" style="color: blue; font-size: small;">https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 05.09.2024 |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan petualang? | Kata petualang bermaksud: 1. orang yang melakukan hal atau perbuatan yang tidak jujur, jahat dan sebagainya untuk kepentingan diri sendiri. 2. orang yang bertualang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 3. orang yang suka melakukan perkara yang sukar atau berbahaya untuk pengalaman. Sila layari PRPM rel="noopener noreferrer nofollow" style="color: blue; font-size: small;">https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu. | Makna | 05.09.2024 |
Apakah dimaksudkan dengan perkataan lugas? | Kata lugas dalam dialek Kedah bermaksud: 1. menanggalkan atau melucutkan kesemuanya sekali barang kemas, pakaian dan sebagainya; 2. mengambil atau memetik kesemuanya sekali buah di atas pokok. Ada juga kata melugas yang bermaksud berasa hendak tersedak. Sila layari PRPM rel="noopener noreferrer nofollow" style="color: blue; font-size: small;">https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu. | Makna | 05.09.2024 |
Perkataan "spritsail" drpd bahasa Inggeris sepadan dgn istilah "layar sabang" yang merujuk kpd sejenis layar. Adakah perkataan sprit sesuai diterjemahkan sabang dalam bahasa Melayu? Saya ingin cadangkan perkataan ini sebagai terjemahan bagi "sprit". Perkataan sabang sepertinya berkait dengan perkataan "cabang" yg mungkin menjelaskan penggunaannya pada jenis layar tersebut. | Terima kasih atas padanan bahasa Melayu yang disarankan. Pihak kami mengambil perhatian tentang istilah tersebut. Saran kata boleh dibuat melalui pautan rel="noopener noreferrer nofollow" style="color: blue; font-size: 12px;">http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx. | Lain-lain | 23.07.2024 |