Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.la] | ريلا

Definisi : (réla) akronim bagi Ikatan Relawan Rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.la] | ريلا

Definisi : (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; merelai memberikan (membiarkan, me­lepas­­­­kan, dll) dgn hati yg ikhlas, meng­izinkan, memperkenankan: jalan yg direlai Allah; merelakan 1. menerima (menderita dll) dgn hati yg ikhlas; 2. memberikan (melepaskan, menyerahkan, dll) dgn senang hati; 3. meng­izinkan, menyetujui; kerelaan keikhlasan (hati), keizinan, ke­su­di­­an, perkenanan, persetujuan: mencari ~ Allah; reda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.la] | ريلا

Definisi : /réla/ 1 dgn suka hati; dgn ikhlas; berkenan; sudi: Aku ~ berkorban utk bangsa dan negara. 2 izin; persetujuan: Kedatangan kami adalah utk meminta ~ ayahanda dan bonda. merelai menerima sesuatu dgn hati yg ikhlas, meredai: pemergian yg direlainya. merelakan memberikan dgn suka hati; mengizinkan; memperkenankan: Relakan saya pergi. ~ wang yg diambilnya itu. kerelaan keadaan rela (hati); keikhlasan (hati); keredaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rela (kata kerja)
Bersinonim dengan sudi, sanggup, bersedia, berkenan, reda, suka, gemar, mahu, tidak keberatan;,
Kata Terbitan : merelai, merelakan, kerelaan,

Puisi
 

Tak sabit kandang kuda di bendang,
     Kayu kemudu luruh ke meranti;
Apabila tak dapat kasihku seorang,
     Rela kutunggu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Biar badan penat asalkan hati suka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan rela hati.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah redha sama maksud dengan rela?

reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia;

rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan;
Makna03.11.2009
bagaimana hendak membezakan perkataan reda (teduh) dengan reda (rela,merelakan)Kedua-dua perkataan tersebut boleh dibezakan mengikut konteks sama ada dalam ayat, wacana dan sebagainya.Makna20.07.2007
Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'bagi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya untuk menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih.Kata sendi nama "demi" yang lebih tepat digunakan dalam konteks ayat-ayat tersebut. Kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Manakala kata sendi nama "untuk" dan "bagi" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya, Asrama untuk/bagi penuntut-penuntut Sabah sedang dibina. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 - 278.Tatabahasa22.05.2013
Salam, pembetulan bagi soalan yang diajukan semalam. Soalan yang sebenar ialah: "Salam, bolehkah saudara@saudari jelaskan penggunaan kata sendi nama 'demi'?Bolehkah digunakan dalam ayat seperti berikut? 1. Anggota tentera sanggup berkorban demi kesejahteraan negara. 2. Puan Sahara rela membanting tulang empat keratnya demi menanggung keluarga. Benarkah kata sendi nama 'demi' lebih sesuai dan betul jika disusuli kata nama?Sekian, terima kasih.Pandangan tuan betul, kata sendi nama "demi" bertugas membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Walau bagaimanapun perlu diingat kata "demi" juga boleh berfungsi sebagai kata hubung pancangan keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Dalam ayat contoh yang diberikan kata "demi" berfungsi sebagai kata keterangan.Tatabahasa23.05.2013
Saya keliru dengan beberapa perkataan arab sama ada perlu ditransliterasi atau tidak kerana perkataan arab yang sudah menjadai sebutan umum bm, tidak perlu ditransliterasi lagi.Perkataannya ialah- ibadah,solat, tawaf, liwat, nikah, fasakh,ulama, fuqaha,syara',biah,wuduk,aib, aqli,al-Quran, al-Sunnah, reda(maksudnya rela).Harap tuan dapat membantu adakah perkataan di atas perlu ditransliterasi atau tidak.

Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya; sahabat, darurat, hakim, izin, kubur, zat, zalim dan sebagainya. Manakala istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh ditulis dengan menggunakan kaedah transiliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi. Contohnya; hadith, isti'mal, qunut, riya' dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi, terbitan DBP.

Tatabahasa16.02.2010
Yang manakah betul? (a) Mereka mencuba melupakan masalah itu. (b) Mereka cuba melupakan masalah itu.

Puan Wong Shiaho,

Frasa yang tepat ialah:

(a) Mereka mencuba melupakan masalah itu.

 

(Nota: kata cuba membawa maksud mengajak, mengarah atau menyuruh. Contoh ayat: Cuba kaufikir sedikit buruk baiknya perbuatan kau itu. Manakala mencuba membawa maksud  berusaha utk membuat (memperoleh, melakukan, dll) sesuatu: Aini memberanikan dirinya dan mencuba mengangkat muka serta memandang tepat ke muka lelaki itu.) Dalam konteks ayat puan, tidak ada unsur suruhan atau mengajak tetapi lebih menyatakan usaha mereka untuk mencuba melupakan masalah mereka (dengan rela hati/proses).

Tatabahasa12.04.2009

Kembali ke atas