kesalahan kata hubung pancangan relatif | Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang. Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata relatif adalah seperti yang berikut; 1. Budak yang sedang membaca itu adik saya 2. Buk yang dibeli oleh Ahmad itu buku Sejarah. | Tatabahasa | 11.02.2010 |
apakah penggunaan "yang" yang betul? | Puan, Kata "yang" merupakan kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Contoh penggunaan dalam ayat : i. Budak yang sedang membaca adik saya. ii. Saya membeli baju yang berwarna hijau. iii. Yang indah itu bahasa. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 24.02.2010 |
Bagaimanakah kita boleh membezakan sama ada ayat tersebut memerlukan kata hubung pancangan relatif 'yang' ataupun tidak? | Kata relatif "yang" digunakan apabila hendak menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain, seperti: Buku yang dibeli oleh Ahmad itu buku sejarah. | Tatabahasa | 30.05.2011 |
Apakah kata hubung pancangan dan kata hubung relatif? | Saudara, Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah 'yang'. | Tatabahasa | 05.08.2010 |
BGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBEZAKAN PENGGUNAAN AYAT KOMPLEMEN DAN RELATIF YANG GRAMATIS.ADAKAH PENGGUNAAN KATA KERJA TRANSITIF 'MEMBERITAHU ' BOLEH DIIKUTI 'BAHAWA'?BAGAIMANA PULA AYAT...MENYATAKAN YANG DAN MENYATAKAN BAHAWA.TQ | Cara untuk membezakan penggunaan ayat komplemen dan ayat relatif adalah dengan merujuk penggunaan kata hubung yang digunakan dalam ayat tersebut. Ayat komplemen menggunakan kata hubung bahawa dan untuk, manakala ayatrelatif menggunakan kata hubung yang (penanda relatif). Kata kerja transitif hendaklah diikuti dengan objek, bukan kata hubung (bahawa). Kedua-dua kata tersebut boleh digunakan dalam membina ayat, cuma kata hubung bahawa digunakan dalam membina ayat majmuk pancangan. | Tatabahasa | 09.09.2008 |
adakah ayat ini betul???? -Yang turut menghadiri majlis pertunangan itu ialah keluarga menteri besar? dan bolehkah saya tahu bagaimana hendak menggunakan perkataan 'yang' pada hadapan ayat dengan betul??? | Ayat pertama betul. Yang merupakan kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Contoh penggunaan yang dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. Yang berjaja kain itu jiran saya.ii. Yang indah itu bahasa. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 252. | Tatabahasa | 15.06.2008 |
Tuan, ayat mana yang betul? (1) bau harum durian menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah atau (2) bau harum durian yang menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah | "Yang" ialah kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Ayat "bau harum durian" ialah klausa utama dan "menusuk hidung memenuhi ruang tamu rumah" ialah klausa kecil yang lain. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "bau harum durian yang menusuk hidung, memenuhi ruang tamu rumah." | Tatabahasa | 16.05.2012 |
Ada orang mengatakan fungsi YANG dalam ungkapan SEPERTI YANG BERIKUT.... sebagai pembentuk klausa relatif. Setahu saya, YANG dalam ungkapan ini diwujudkan untuk membentuk frasa nama kerana di hadapannya ada kata sendi nama SEPERTI. Saya memohon pandangan kepada Tuan. | Yang ialah kata hubungan pancangan relatif dan Seperti bukan kata sendi nama. Dalam konteks ini Yang tidak membentuk frasa nama, contoh Yang yang membentuk frasa nama ialah Yang cantik itu adik saya. | Tatabahasa | 23.11.2007 |
Salam 1Bahasa, 1. Terjemahan perkataan 'check-point' dan 'explorace' dalam bahasa Melayu, apa? 2. Mengapakah ayat "Kamu harus bertindak dengan secepat yang mungkin." memerlukan kata hubung pancangan relatif 'yang'? 3. Ayat "Perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar yang segera" atau "Perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar segera", yanag manakah yang gramatis? 4. Ayat yang manakah sesuai untuk dijadikan cap getah "Diakui salinan yang betul" atau "Diperakukan salinan yang betul"? Terima kasih. | 1. check point = Tempat pemeriksaan , explorace = Penerokaan 2. Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. 3. Perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar segera. 4. Diperakukan salinan yang betul. | Tatabahasa | 18.01.2013 |
Assalamualaikum wbt. Saya inginkan kepastian bagi struktur ayat berikut ; 1. Siapakah tinggal di rumah itu ? 2. Siapakah yang tinggal di rumah itu ? Kalau dilihat pada fungsi yang sebagai kata hubung adalah untuk menghubungkan dua struktur ayat atau sebagainya. Jadi, apakah fungsi yang bagi ayat kedua di atas. Terima kasih. | Dalam ayat kedua, yang berfungsi sebagai kata hubung relatif. Kata hubung relatif yang berfungsi sebagai penghubung klausa utama dengan klausa kecil yang lain. 1. Siapakah yang tinggal di rumah itu? 2. Yang tinggal di rumah itu siapa? Berdasarkan contoh tersebut, ayat pertama ialah ayat songsang yang mengalami pendepanan predikat. "Yang" berfungsi sebagai kata relatif apabila menggabungkan dua klausa iaitu tinggal di rumah dan siapa. Klausa terdiri daripada klausa bebas dan klausa tak bebas. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 02.07.2013 |