Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.lau] | رلاو

Definisi : sj dapur utk meleburkan timah dll; ~ bagas relau yg (menggunakan aliran udara panas sbg sumber haba) memanaskan cam­pur­­­­an bijih besi dan arang batu utk mem­peroleh besi lebur; ~ elektrik relau yg meng­gunakan kuasa elektrik sbg sumber haba utk memanaskannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.lau] | رلاو

Definisi : dapur bertutup utk memanaskan (meleburkan) logam, membuat kaca dll: ~ gema. ~ bagas relau yg menggunakan aliran udara panas sbg sumber haba utk memanaskan campuran bijih besi dan arang batu utk memperoleh besi lebur. ~ elektrik relau yg menggunakan tenaga elektrik sbg sumber haba utk memanaskannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata relau


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberi terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Truck-in Oven 2.Walk-in Oven 3. Slot Furnace 4. Pulverized Fuel Boiler 5. Stoker Fired Boiler Sekian, terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang diberikan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 1. Truck-in Oven - Ketuhar Mudah Alih
 2.Walk-in Oven - Ketuhar Mudah Alih
 3. Slot Furnace - Relau Slot /Relau Lubang Alur
 4. Pulverized Fuel Boiler - Dandang Bahan Api mendebu
 5. Stoker Fired Boiler  - Dandang Bakar Pembubuh
Istilah26.04.2016

Kembali ke atas