Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.le.van] | ريلۏن

Definisi : (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan in­surans wajib; merelevankan menjadikan relevan: ada cubaan utk ~ perkara-perkara yg tidak ada kena-mengena dgn kes itu; kerelevanan perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan, relevansi: hakim mem­persoalkan ~ soalan itu dlm kes yg sedang dibicarakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.le.van] | ريلۏن

Definisi : /rélevan/ ada kaitan atau ada hubungannya (dgn), dpt dikaitkan atau dihubungkan dgn: Perkara itu tidak ~ dgn topik yg dibincangkan. merelevankan menjadikan relevan; menjadikan ada kaitannya dgn: Tidak wajar mereka ~ perkara-perkara yg tidak ada kaitannya dgn kes itu. kerelevanan keadaan relevan: Pihak pembangkang mempertikaikan ~ isu itu dgn perkara yg sedang didebatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata relevan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera: 1. Kamus Dewan (ed.4) mendefinisikan 'relevan' sbg: ada kaitan/hubungannya dgn apa yg dibicarakan, dgn apa yg sdg berlaku, dsb. Walau bagaimanapun, maksud 'penting' tidak terdapat dalam definisi di atas. Bolehkah saya simpulkan 'penting' tidak termasuk sebagai salah s atu definisi bagi perkataan 'relevan'? 2. Bagaimana pula dengan definisi dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan yang memberikan salah satu definisi untuk 'irrelevant' ialah 'tidak penting' (selain 'tidak berkaitan', 'tidak bersangkutan', dsb). 3. Apakah sinonim untuk perkataan 'relevan' dlm ayat di bawah? 'Penting' atau 'berkaitan/bersangkut paut/dsb''? Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di negeri ini sejak 650 tahun dahulu masih relevan untuk diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negeri ini. (Utusan, 9/01/2010, Adat Pepatih masih relevan diamalkan) Terima kasih.

Puan Jeannet,

Makna 'relevan' ialah  berkaitan, berhubungan: documents ~ to the case, dokumen yg berkaitan dgn kes itu; a highly ~ suggestion, cadangan yg sangat berkaitan.  Kamus Inggeris Melayu Dewan.

  • (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib. Kamus Dewan Edisi Keempat. 
  • Walau bagaimanapun, padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam ayat. Oleh itu, dalam teks yang dikemukakan perkataan ini boleh bermaksud penting atau berkaitan.

    Makna18.01.2010
    Salam, Saya maklum maksud relevant ialah berkaitan tetapi istilah releven/relevan juga banyak digunakan. Jadi saya ingin memohon kepastian tentang ejaan yang betul dan diterima pakai, adakah releven atau relevan? Untuk makluman, kedua-dua ejaan tersebut terdapat dalam laman senarai istilah dan laman khidmat nasihat DBP. Terima kasih dan salam hormat.Untuk makluman puan, ejaan yang betul ialah relevan. Bagi memastikan ejaan yang betul, puan disarankan merujuk Kamus Dewan pada entri bukannya pada huraian maksud.Ejaan12.04.2018
    Adakah rumusan menentukan keselarasan vokal masih relevan dalam bahasa Melayu? Contohnya a dengan a ( talam ), a dengan i ( cantik ), a dengan u ( lampu ) dll. Mengapakah ada rumus keselarasan vokal tetapi dalam masa yang sama ada kekecualian seperti awet, lakon, tiket, forum dll

    Encik Rizuan,

    Sistem Keselarasan Vokal masih relevan dan menjadi panduan dalam pengejaan kata bahasa Melayu. Walau bagaimanapun terdapat kekecualaian bagi  kata daripada bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dan bahasa di Nusantara atas sebab persetujuan bersama antara negara anggota dalam Majlis Bahasa Indonesia Malaysia(MBIM) yang kini dikenali sebagai MABBIM.  

    Ejaan11.05.2010
    Apakah maksud kerelavanan mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kerelevanan berasal daripada kata dasar relevan yang bermaksud  ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib;oleh itu, kerelevanan bermaksud perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan, relevansi: hakim mempersoalkan ~ soalan itu dlm kes yg sedang dibicarakan.Istilah02.10.2009
    Adakah perkataan mengimarahkan relevan dengan ayat seperti yang berikut: "Memperkasa dan memupuk kecintaan khazanah warisan 1Malaysia melalui pelaksanaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dan mengimarahkan warisan negara sehingga terserlah di persada dunia." Persoalan ini saya ajukan kerana di dalam ruangan carian, takrif yang ada hanya merujuk kepada amalan di masjid atau surau sahaja. Mohon penjelasan lebih lanjut.Mengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, dan kebiasanya berbentuk keagamaan. Sehingga kini belum ada lagi peluasan makna untuk perkataan imarah/mengimarahkan yang merujuk kegiatan bukan berbentuk keagamaan. Oleh itu, perkataan mengimarahkan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.12.2009
    1. Adakah perkataan "semalam" masih relevan dalam ayat bahasa Melayu? 2. Perkataan "barangsiapa" dalam terjemahan al Quran betulkah dari segi makna dalam bahasa Melayu?Semalam bermakna satu malam, sepanjang malam atau hari sebelum hari ini; kelmarin. Perkataan ini masih digunakan dalam bahasa Melayu. Barang siapa boleh digunakan kerana kata ini bermaksud siapa-siapa atau orang yang tidak tentu.Makna06.02.2008
    Penggunaan "diberi" atau "terkandung" - yang mana lebih relevan digunakan di dalam petikan minit mesyuarat di bawah: Lembaga mengambil maklum mengenai cadangan dan laporan oleh Encik X seperti diberi / terkandung dalam Lampiran A kepada Kertas LPU30/2015.Jawapan yang sesuai untuk ayat ini ialah "Lembaga mengambil maklum mengenai cadangan dan laporan oleh Encik X seperti  terkandung dalam Lampiran A kepada Kertas LPU30/2015."Tatabahasa03.04.2015
    Tuan, Minta memberi ulasan, perkataan-perkataan berikut dilihat sangat relevan dan menepati makna pada tempat pengunanya dan mudah difahami. Tepi ia masih tidak mantap status dalam kamus Melayu, antaranya: 1) (Pembaikian) rumah itu memakan masa sebulan. 2) (Perasmi) majlis ialah YB Lee. 3) DYMM Raja perempuan Kelanta (mengampuni perkenan) untuk mencemar duli melawat sekolah kita. 4) Dia ingin tahu (duduk) perkara sebenar. Terima kasih. frpd: liahhooi

    Encik Lee,

    Berikut dikemukakan ayat yang mengikuti tatabahasa Melayu yang betul;

       (1)  Jangkamasa membaik pulih rumah itu memakan masa sebulan. Atau; Jangkamasa pembaikan rumah itu   memakan masa sebulan.

     (Rujuk makna kata "pembaikan"; perihal (perbuatan, usaha, dsb) membaikkan atau membaiki; ~ tanah perbuatan)  

      (2)  Perasmi majlis itu ialah YB Lee. atau Majlis itu dirasmikan oleh YB Lee.

    (Rujuk makna perasmi ialah orang yang merasmikan majlis ).

      (3) DYMM Raja Perempuan Kelantan perkenan untuk mencemar duli melawat sekolah kita. 

    perkenan

    izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb.

     (4) Dia ingin tahu  akan kedudukan perkara sebenar. 

    Makna kedudukan keadaan yg sebenarnya (bkn sesuatu hal dll):

    Tatabahasa13.03.2009
    Saya ingin bertanya apakah istilah maun, maging, dan maserba masih relevan digunakan kini?Perkataan maun, maging dan maserba ialah istilah lama, istilah ini tidak digunakan lagi.Istilah03.02.2013
    Sila jelaskan maksud 'Diangkat untuk makluman YBhg. Dato’ jua' dan adakah masih relevan untuk digunakan untuk penyediaan surat masa kini?

    Saudara,

    Perkataan yang sesuai digunakan pada masa ini ialah "dikemukakan" untuk makluman YBhg. Dato'.

    Tatabahasa30.11.2010
    1234

    Kembali ke atas