Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : /be, stand out /in (bold, sharp, clear etc) ~ against, a. tersergam: the tower stood out in strong ~ against the sky, menara itu tersergam berlatarkan langit; b. (fig.) nyata, ketara, jelas: his behaviour stood out in strong ~ against his convictions, kelakuannya nyata bertentangan dgn keyakinannya. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. the raising of a siege, pembebasan [sst] drpd tawanan (musuh): he had taken part in the ~ of Lucknow, dia terlibat dlm pembebasan Lucknow drpd tawanan musuh; 4. st that diversifies monotony, kontras: a blank wall without ~, dinding kosong tanpa kontras; 5. st that relaxes tension, selingan: a comic ~, selingan lucu; 6. release from duty, penggantian; 7. person detailed for this purpose, (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. aid, assistance, bantuan: the people in need of ~, orang yg memerlukan bantuan; ~ was sent to the flood victims, bantuan telah dihantar kpd mangsa-mangsa banjir; a ~ fund, tabung bantuan; /go, come/ to the ~ of, /pergi, datang/ memberi bantuan kpd: on ~, menerima bantuan: an unemployed man on ~, penganggur yg menerima bantuan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. lessening or removal of pain, distress, etc, kelegaan, lega: he heaved a sigh of ~, dia menghela nafas lega; what a ~!, leganya rasa!; the pills gave me some ~, pil itu memberi kelegaan kpd saya; she felt a great deal of ~, dia berasa sangat lega; the news brought us great ~, berita itu membawa kelegaan kpd kami; to o’s ~, lega rasanya sso; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : pengganti: when will your ~ come on duty?, bilakah pengganti kamu akan datang bertugas?; 8. a. (method of carving) ukir timbul: a ~ model of the scene of battle, model ukir timbul pemandangan di medan perang; b. figure or design so carved, ukiran timbul; 9. (geog) bentuk muka bumi: a region of high ~, kawasan bentuk muka bumi yg tinggi; 10. (leg.) relief; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata relief


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah "Steering Relief Pressure" sesuai diterjemahkan kepada "Tekanan Pelega Pengemudi" atau "Tekanan Bantuan Pengemudi"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih."Steering Relief Pressure" sesuai dipadankan dengan Tekanan Bantu Kemudi.Istilah11.06.2019
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, saya mohon khidmat nasihat tuan untuk perkataan yang sesuai bagi perkataan "relief" di dalam Bahasa Malaysia. Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai daripada perkataan Inggeris yang dimelayukan kepada "relief". Struktur ayat adalah seperti berikut: Tiada seorang pun, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai pelaksanaan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau RELIEF lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu “pampasan”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Lain-lain19.03.2024
Mohon semak tatabahasa dan nahu karangan .

Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020.

Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku Urusetia kepada SDG&UHC bagi Sektor Kesihatan telah mengadakan Seminar Health in the Sustainable Development Goals (SDG) and Universal Health Coverage (UHC) and Health for Our Future Generation Foresight Workshop pada 11- 12 Ogos 2020  bertempat di National Health Institute (NIH), Setia Alam dengan kerjasama World Health Organization (WHO).

Seminar tersebut sebagai platform bagi membincangkan prestasi pencapaian sistem kesihatan negara dan untuk mendapatkan input tambahan, komen serta langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG& UHC di Malaysia. Manakala bengkel pula bertujuan sebagai pengenalan kepada metodologi Foresight bagi Perancangan Strategik (Strategic Foresight) dalam Sektor Kesihatan yang merangkumi aspek Polisi (Policy), Sosial dan Nilai ( Social and  Value), Kewangan (Finance), Persekitaran (Environment)dan Perundangan (Laws and Regulation).

Seminar tersebut telah dihadiri oleh 120 orang peserta daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Medical Relief Society Malaysia (Mercy Malaysia)  dan pelbagai bahagian, di Kementerian Kesihatan. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah  Dr. Jacqueline Lo Ying-Ru, wakil WHO untuk Malaysia, Brunei & Singapura dan Professor Pascale Allotey (Pengarah, United Nation University – International Institute for Global Health (IIUGH).

Sesi pembentangan dimulakan dengan Presentation Overview of SDG in Health Sector & UHC in Malaysia oleh Pengarah Bahagian Perancangan, Yang Berusaha Dr. Nordin Saleh dan seterusnya acara perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Penyelidikan dan Sokongan Teknikal (P&ST), Dr. Hishamshah bin Mohd Ibrahim.

Sebanyak lima (5) pembentangan telah diadakan bagi membincangkan pencapaian, isu dan cabaran serta hala tuju bagi indikator-indikator yang tersenarai di dalam kerangka SDG UHC. Ia merangkumi lima (5) tema utama iaitu  Reproductive, Maternal, Neonatal& Child Health, Health System & Service Capacity,Communicable Diseasesdan Urban & Environmental HealthsertaNon Communicable Diseases & Mental Health.

Sepanjang  seminar berlangsung, maklum balas, pandangan dan cadangan langkah penambahbaikan dalam mencapai sasaran SDG UHC daripada peserta telah dicatatkan. Output daripada  seminar ini akan dibukukan sebagai prosiding seminar untuk mendokumentasikan perbincangan setelah indikator dibentang.

Agenda ini disusuli dengan Health for Our Future Generation Foresight Workshop yang dikendalikan oleh Malaysia Industry-Government Group for High Technology(MIGHT). Adalah diharapkan bahawa peserta bengkel telah mendapat pengenalan dan pendedahan awal mengenai foresight bagi memudahkan mereka membuat  analisa dan merangka perancangan situasi kesihatan pada masa hadapan

Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sesi seminar dan bengkel tersebut.

 

 

 

Tatabahasa19.08.2020

Kembali ke atas