Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.méh.té.méh] | ريميه- تيميه

Definisi : tidak mustahak, tidak penting, tidak berharga: orang yg tidak suka kpd segala perkara yg ~; meremeh-temehkan meremehkan: kecen­de­­rungan­­nya memegah-megahkan satu pihak dan ~ pihak lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.méh.té.méh] | ريميه- تيميه

Definisi : /réméh-téméh/(hal-hal yg) remeh. meremeh-temehkan menjadikan remeh-temeh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata remeh-temeh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, mohon bantuan utk menolong saya berkenaan maksud perkataan REMEH dan REMEH TEMEH..dan apa perbezaannya?Remeh-temeh ialah kata ganda bagi perkataan remeh yang bermaksud tidak mustahak atau tidak penting.Makna03.12.2012
ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.. betul atau tidak penggunaan menasihatkan dalam ayat???sangat mengelirukan!!!!!mohon pencerahan yg mendalam...Kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.

Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. 

a. Ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.
b. Ibu sering menasihati saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.

Selain itu, fungsi apitan meN-...-kan adalah untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. 

Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.
Tatabahasa09.09.2013

Kembali ke atas