| Perkataan mengingati = ingat akan = remember Mengingatkan = memberikan ingat = remind memperingati = mengenang semula memperingatkan??? adakah istilah ini wujud? menurut Kamus dewan, istilah ini wujud bagaimana pula dengan Kamus Tatabahasa? Terima kasih | Perkataan mengingati, mengingatkan, memperingati dan memperingatkan adalah betul dan boleh digunakan. Makna dan contoh penggunaannya adalah seperti yang berikut: 1. memperingati bermaksud mengenangkan sesuatu peristiwa dan sebagainya dengan perayaan, contoh ayat: Perayaan itu diadakan kerana memperingati hari tertubuhnya Malaysia; 2. mengingati bermaksud mengingat akan, contoh ayat: Dia sentiasa mengingati pesan ibunya; 3. memperingatkan dan mengingatkan bermaksud memberi nasihat dan sebagainya supaya sedar akan tanggungjawab, contoh ayat: Saya telah banyak kali memperingatkan mereka tentang bahaya bermain bunga api dekat rumah. | Makna | 04.10.2012 |
| Assalam dan salam sejathera. Ingin membuat pertanyaan berkenaan terjemahan perkataan courier. Contoh Auto-assignment for courier delivery Courier orders will now be assigned automatically. The minimum cost is 4 ringgit. We remind you that in such orders, the client asks to pick up and deliver documents, parcels or goods to a specific address. More details about the tariff - in the application: Menu → Support → Knowledge base → Personal services → Delivery → Courier. Courier delivery is a great opportunity to earn extra money. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud courier ialah perkhidmatan kiriman cepat | Makna | 05.04.2021 |