Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rem.puh] | رمڤوه

Definisi : ; berempuh-rempuh, berempuh-rempuhan berasak-asakan (berebut-rebut) hendak mendahului: ~ membeli tiket; Pak Mat berempuh-rempuhan dgn penumpang-penumpang yg berebut tempat duduk; merempuh menempuh (mencari jalan dll) dgn paksa, mengharung, menyerbu: kami ~ masuk; kami berjalan ~ orang ramai; ~ rin­tangan kawat berduri; ~ maut tidak mem­pedulikan keselamatan jiwa; rempuhan desakan, langgaran, serbuan: se­mua­­nya lari bercempera kerana meng­hin­­dar­­kan diri drpd ~ lembu; rambutnya kusut kerana ~ di pintu bas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rem.puh] | رمڤوه

Definisi : ; berempuh-rempuh berebut-rebut hendak mendahului: Mereka ~ hendak membeli tiket wayang. berempuh-rempuhan saling berebut hendak mendahului yg lain. merempuh 1 mencari jalan dgn paksa; menyerbu: Kami berjalan ~ orang ramai. 2 melanggar. rempuhan 1 serbuan; desakan: menyelamatkan diri drpd ~ lembu. 2 langgaran: ~ maut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rempuh
Kata Terbitan : berempuh-rempuh, berempuh-rempuhan, merempuh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Soalan saya merujuk kepada ayat di bawah: "Beg udara menghalang pemandu dan penumpang daripada merempuh stereng dan papan pemuka dengan memanjangkan masa impak semasa perlanggaran." Adakah perkataan 'merempuh' sesuai digunakan? Jika tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya? Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan"rempuh" membawa maksud perbuatan melanggar seseorang atau sesuatu, biasanya dengan agak kuat sehingga terbalik, cedera, rosak dan sebagainya. Oleh itu, perkataan "merempuh" dalam ayat ini boleh digunakan.Tatabahasa21.02.2022

Kembali ke atas