Apakah perbezaan antara rendah hati dan rendah diri? Adakah sikap rendah diri nilai murni? | Mengikut buku Kamus Pelajar dan Kamus Dewan, ‘rendah hati/diri’ ialah sikap tidak sombong; baik hati, pemurah. Secara umumnya kedua-dua sikap ini merupakan tabiat (budi pekerti) yang baik. Namun, secara terperinci, dalam data kami ada istilah ‘kompleks rendah diri’ dalam istilah psikologi yang membawa maksud keadaan fikiran yang menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri. | Istilah | 13.05.2014 |
Satu perkataan yang menyifatkan "Rendah diri" atau sejenis bunga/tumbuhan yang menyifatkan demikian bagi menamakan sesebuah taman | Soalan saudara tidak jelas. Bagaimanapun, makna "rendah diri" ialah sikap seseorang yang suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong, bongkak), baik hatinya. | Makna | 16.01.2008 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah perbezaan simpulan bahasa yang biasa ditulis di dalam surat permohonan/jemputan ini: 1. Rendah hati 2. Rendah diri Yang mana satukah lebih sesuai digunakan di dalam surat permohonan/jemputan? Maksud di dalam carian google tidak konsisten. Tetapi berkisar kepada rasa rendah. Secara umum, samada merendahkan kemampuan diri atau tidak sombong. Kedua-dua definisi ini digunapakai secara silih berganti. "Permohonan" dan "Jemputan" juga adalah dua situasi yang berbeza yang mungkin memberi implikasi kepada penggunaan dua simpulan bahasa yang tersebut. Mohon pencerahan. Terima kasih. Arnida | Wassalam, Mengikut Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua, kedua-dua simpulan tersebut terakam dan membawa maksud yang tidak jauh berbeza. 1. Rendah diri = perasaan hina: "Orang yang hendak maju hendaklah hilangkan perasaan rendah diri". 2. Rendah hati = tidak sombong: "Walaupun berpangkat tinggi tetapi dia seorang yang rendah diri". Merujuk kedua-dua kamus ini, simpulan bahasa yang sesuai untuk permohonan dan jemputan ialah "Rendah Diri". | Lain-lain | 29.01.2019 |
Bolehkah ayat ini digunakan: Jesteru, dengan rasa rendah diri, Majlis ingin memohon jasa baik tuan untuk menaja persembahan tersebut. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh justeru (penanda wacana): a. Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini. justeru (kebetulan, tepat) a. Justeru lalu di hadapan kedai buku, Jamilah terus singgah mendapatkan buku yang dihajatinya. Maksud "justeru" pada ayat "Justeru, dengan rasa rendah diri, Majlis ingin memohon jasa baik tuan untuk menaja persembahan tersebut" tidak menepati maksud "malahan" atau "kebetulan" | Lain-lain | 21.06.2016 |
Salam. Saya agak keliru dengan penggunaan "di" dan "pada" dalam sesetengah ayat. Setiap kali melihat wajah saya "di/pada" cermin, saya rasa rendah diri. Adakah penggunaan "di atau "pada" boleh ditukar ganti dalam ayat di atas? Jika tidak, mana yang lebih sesuai? Terima kasih. Salam. | Yang dimaksudkan sendi nama "pada" untuk "tempat" ialah sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contohnya: - Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi. - Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. - Tulis nama pada kertas ini. Penggunaan yang lebih sesuai ialah pada cermin. | Tatabahasa | 21.04.2017 |
malu | Antara maksud malu merujuk Kamus Dewan ialah 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya. | Makna | 29.01.2010 |
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza?? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud 1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan; | Istilah | 01.11.2009 |
Tuan, Peribahasa manakah di bawah adalah benar, a) Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk? ATAU b) Ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi Terima kasih. | Peribahasa yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua ialah: Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang. Bermaksud : Tidak sombong; rendah diri. | Sastera | 26.07.2018 |
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks | bangunansesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama; wisma- 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.
menara- bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang
kompleks- (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
| Makna | 30.09.2009 |
1. kerajaan telah mendirikan/menjadikan rumah-rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah Guru Besar sekolah ini. Adakah 'Guru Besar' perlu huruf besar dalam ayat ini. saya berpendapat guru besar harus dihuruf kecilkan tetapi buku kerja yang saya gunakan kata tidak ada kesalahan. jadi saya meminta tuan tolong jelaskan. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali. 4. Di dalam bakul itu apa? 5. Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Adakah ayat 3 hingga 5 itu mmempunyai kesalahan? Jika ya saya meminta jasa baik tuan tolong terangkan kesalahan tersebut. sekian terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah: Kerajaan telah mendirikan rumah kos rendah kepada rakyat yang berpendapatan rendah. 2. Encik Pang ialah guru besar sekolah ini. Guru besar perlu ditulis dengan huruf kecil kerana guru besar ialah kata nama am. Walau bagaimanapun, jika menyatakannya secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melati, perlulah menggunakan huruf besar. 3. Halaman rumah Puan Tan amat luas sekali betul kerana kata penguat amat + kata adjektif + sekali boleh hadir serentak. 4. Ayat :Di dalam bakul itu apa adalah betul kerana apa ialah kata ganti nama diri tanya. Dalam susunan biasa, kata ganti nama tanya terletak di bahagian predikat. (Sila ruju buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halam 446) 5.Ayat:Dia merupakan salah seorang penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis adalah betul. | Tatabahasa | 07.12.2009 |