Ayat 1. Ali berehat di bawah pokok yang rendang. Ayat 2. Ali mendengar radio. Ayat majmuk: 1. Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio. 2. Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang. Soalan: Yang manakah betul antara ayat majmuk 1 dengan ayat majmuk 2? | Kedua-dua ayat majmuk Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio dan Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang betul. | Tatabahasa | 03.03.2012 |
1. rending ayam atau ayam rending 2. memberikan peluang pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan | 1. rendang ayam.
2. mewujudkan peluang pekerjaan. | Tatabahasa | 26.10.2013 |
yang mana tepat-1. Zulkifli kaget/takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya 2.Tepatkah ayat ini-Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi. | YM Tengku, Ayat yang betul ialah : i. Zulkifli takjub apabila melihat Zaleha yang disangkanya telah meninggal dunia muncul secara tiba-tiba di hadapannya. ii. Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan (oleh) adik tengah hari tadi. | Tatabahasa | 14.10.2010 |
Contoh ayat. 1. Amirul meniup / menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. Meniup dan menghembus manakah yang lebih tepat serta apakh ulasannya. 2. Sebatang tombak atau sebilah tombak 3. Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. (betul atau salah) | 1. Meniup dan menghembus kedua-duanya boleh digunakan. Namun 'menghembus' lebih cenderung digunakan untuk perkara-perkara yang menjurus kepada pengakhiran sesuatu. Contohnya: menghembuskan nafas yang terakhir dsb. Sebaliknya 'meniup' pula lebih cenderung kepada perkara-perkara menghidupkan sesuatu seperti meniup seruling untuk mengeluarkan bunyi-bunyian, meniup semangat dll. 2. Sebatang tombak 3. Rendang ayam itu sungguh lazat sekali. - Betul. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 244-247. | Tatabahasa | 19.07.2009 |
1.Bagaimanakah cara mengeja Yang dipertuan Agong dengan betul? 2. Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu baring-baring di bawah pokok yang rendang. Betulkah penggunaan baring-baring dalam ayat tersebut? Adakah salah jika kita menggantikannya dengan perkataan berbaring/ berbaring-baring? 3. Segala apa yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya. Bolehkah "apa" digunakan dalam ayat tersebut? | 1.Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.2. Perkataan baring-baring dalam bahasa baku perlu ditambah imbuhan beR- untuk menunjukkan perbuatan. Oleh itu, ayat yang betul ialah 'Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu berbaring/berbaring-baring di bawah pokok yang rendang. 3.Ayat 'Segala yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya' tidak perlu ditambah dengan perkataan 'apa' kerana 'apa' merupakan kata tanya. | Tatabahasa | 26.08.2007 |
Soalan.Adakah ayat betul dari segi penggunaan kata sendi .kalau salah boleh tolong betulkan. 1.Kemalangan itu berlaku di waktu malam. 2.kayu ini mampu menghindarkan diri dari gangguan makhluk halus. 3.Seseorang pesilat dapat menghindarkan diri dari masalah seksual. penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. 1.Pokok Semunggal adalah sejenis pokok rendang yang lembut | Penggunaan kata sendi nama dan kata pemeri yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Kemalangan itu berlakuĀ pada waktu malam. 2. Kayu ini mampu menghindarkan diri daripada gangguan makhluk halus. 3. Seseorang pesilat dapat menghindarkan diri daripada masalah seksual. 4. Pokok Semunggal ialah sejenis pokok rendang yang lembut | Tatabahasa | 30.04.2012 |