Kawasan ----- Orang Asli di Rengit akan dibangunkan. A penempatan B petempatan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah A. penempatan. | Tatabahasa | 06.09.2015 |
saya mahu memdaftar masuk anak saya ke tahun 1 di sek keb seri merlong,rengit...sekarang anak saya bersekolah di sek.pra long pasia ,sipitang .sabah..soalan saya sekarang bolehkah saya membuat pendaftaran melalui online? | Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. | Lain-lain | 02.10.2013 |