Saya melakukan kajian mengenai novel Rentak Galur karya Sarimah Othman dan novel Epilog Sekeping Hati karya Nurul Salwa Abdul Muluk.Jadi saya ingin menghubungi kedua-dua pengarang tersebut.Oleh itu, saya ingin meminta maklumat mengenai kedua-dua pengarang sekiranya DBP mempunyai maklumat mengenai mereka.Terima kasih. | Maklumat dua (2) orang penulis yang dipohon adalah seperti yang berikut: 1) Novel: Rentak Galur Nama penulis: Sarimah Othman Alamat: 52, Jalan SS 5/1, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 016-7634207 atau 04-5308760 (Rumah di P/Pinang). No. E-mel: im-othman@yahoo.com 2) Novel: Epilog Sekeping Hati Nama penulis: Nurul Salwa Abdul Muluk Alamat: 24, Jalan SG 9/1, Taman Sri Gombak, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 012-2507498 No. E-mel: gurl_wawa@yahoo.com | Lain-lain | 28.05.2008 |
Tolong terangkan maksud 'Bicara Berirama' (salah satu program dalam BBSN),contoh skripnya dan cara penyampiannya. | Bicara berirama ialah bercakap atau berkata menggunakan bahasa berirama dalam nada suara panjang atau pendek dengan bunyi yg teratur. Atau turun naik bunyi yg teratur pd lagu dll, rentak gaya, tingkah, ragam atau rentak. Mengenai skrip yg dinyatakan, bicara berirama ini bukan sahaja boleh diaplikasikan pada teks ucapan, bahkan sewaktu menyampaikan syair, pantun, gurindam dan lain-lain.Kebiasaannya seseorang yang menggunakan bicara berirama akan memastikan intonasi suara, irama, lenggok bahasa dan kepetahan disatukan dalam menyampaikan sesuatu teks itu. Ini juga bergantung pada latihan yang dilakukannya. Terima kasih. | Tatabahasa | 23.10.2008 |
Salam sejahtera. Apakah istilah "beatbox" dan "emoji" di dalam bahasa melayu? Sekian, terima kasih! | Dalam bidang muzik, padanan bagi istilah “beatbox” ialah “rentak muzik”. Manakala istilah “emotikon” digunakan bagi merujuk ikon untuk melambangkan perasaan dalam Internet. | Istilah | 29.07.2020 |
Bagaimanakah cara menulis judul lagi seperti ayat berikut? Perlu dicondongkan ataupun tidak, perlu tanda pembuka dan penutup kata ataupun tidak? Contoh ayat: Pada mulanya kami menyanyi lagu “On Top of Old Smokey” mengikut rentak asalnya. | Contoh menulis judul lagu yang puan berikan adalah betul, iaitu meletakkan tanda petik pada awal dan akhir judul tanpa mencondongkan tulisan. | Lain-lain | 10.03.2017 |
Istilah bidang muzik - Swing Era. Bolehkah perkataan "swing" dikekalkan dengan dieja condong? | Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Jika kita mengambil jalan mudah memang boleh digunakan tanda buka dan tutup pengikat kata. tetapi jika ada perkataan yang lebih sesuai contohnya rentak ,ayunan, lambaian dan sebagainya (jika sesuai ) gunakanlah bahasa Melayu kita. | Makna | 20.10.2009 |
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya? | Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 22.01.2007 |
Apakah kata ganda berima bagi jerih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jerih didefinisikan sebagai lelah, payah. Lazimnya kata "jerih" sering diikuti dengan perkataan "perih" tetapi "jerih perih" ialah kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, bukan kata ganda berentak yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut, contohnya sayur-mayur, lauk-pauk, saudara-mara, lintang-pukang dan anak-pinak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 135 atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus, terbitan DBP. | Istilah | 21.02.2009 |
Merujuk kepada jawapan yang diberikan sebelum ini bahawa istilah rapper tiada dalam data DBP, jadi apakah istilah yang kini digunakan di Malaysia untuk merujuk kepada mereka yang melakukan muzik rap? Terima kasih. | Berdasarkan semakan dalam data DBP, sehingga kini belum ada lagi istilah rapper. Namun begitu, Istilah “rap” telah pun ada dalam Kamus Seni Muzik terbitan DBP. Dalam Kamus tersebut rap ialah naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip hop yang muncul dalam masyarakat orang kulit hitam pada tahun 1970-an. Berkemungkinan rap diambil dari istilah rapper. Oleh itu, kami mencadangkan istilah rap boleh digunakan di Malaysia. | Istilah | 24.05.2017 |
soalan 1. ground contact time : bagaimana untuk menterjemah ke Bahasa Melayu? soalan 2. BM untuk perkataan "Cadence" dalam bidang sukan? | 1. Untuk makluman tuan, tiada padanan khusus terjemahan bagi frasa ground contact time dalam data kami. Walau bagaimanapun, dalam data kami terdapat istilah contact time yang padanan bahasa Melayunya ialah masa sentuh yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. Manakala ground pula bermaksud bumi atau tanah. Untuk terjemahan frasa tersebut, pihak tuan perlu sesuaikan dengan konsep dan bidang yang hendak disampaikan. 2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi cadens ialah kadens, iaitu corak irama dan rentak nada, dan selang senyap yang dijana oleh isyarat suara dalam pemprosesan suara atau telefon berasas suara. Contohnya pemanggil akan mendengar corak kadens seperti dua kali nada dan satu senyap (mungkin 2 saat) yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cadence untuk lebih lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2014 |
Apakah perkataan bahasa melayu bagi perkataan berikut: 1. paradigm shift 2. uncovering of evidence 3. future blueprint 4. Season's greetings Apakah perkataan Inggeris bagi : 1.Yang Dipertua 2. Seniman Agung 3. Salam Sejahtera Adakah perkataan "menari" dan "berdansa" sama? Tolong bagi contoh ayat untuk perkataan2 ini. terima kasih. | Terjemahan bahasa Melayu bagi perkataan yang tersebut; 1. anjakan paradigma, 2.mendedahkan bukti, 3.rangka tindakan masa hadapan, 4.Selamat Hari Krismas dan Selamat tahun baru. Dalam Kamus Dewan menari bermaksud melakukan tari (gerakan badan serta tangan dan kaki berirama) mengikut rentak muzik, manakala berdansa bermaksud menari cara Barat. Ini bermakna menari lebih luas konsepnya dan contoh-contoh ayat boleh dilihat dalam kamus, buku, majalah dan artikel yang berkaitan. | Lain-lain | 24.12.2007 |