apakah makna "renti rentang"dan "lidan" dalam bahasa melayu lama?. contoh uratku lipat "lidan".. contoh "renti rentang" bawa hantar kasih sayang.. | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada dapatan bagi carian kata renti tentang dan lidan. Kami akan berusaha untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dan akan di-e-mel kepada tuan. | Makna | 15.01.2011 |
Salam, kami ingin memohon pihak tuan untuk menyemak penggunaan bahasa kain rentang (banner) supaya kami dapat memohon lesen untuk menggantung kain rentang tersebut di majlis bandaraya/perbandaran di negeri Johor. Sekian, Terima Kasih. | Sila ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan iklan. | Lain-lain | 21.06.2013 |
Salam, kami ingin memohon pihak tuan untuk menyemak penggunaan bahasa kain rentang (banner) supaya kami dapat memohon lesen untuk menggantung kain rentang tersebut di majlis bandaraya/perbandaran di negeri Johor. Sekian, Terima Kasih. | Sila ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" untuk sijil kelulusan iklan. | Lain-lain | 21.06.2013 |
Mohon semak bahasa untuk iklan kain rentang Jabatan untuk dipasang dan kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam : Jom Daftar sekarang ..! PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Tanggungjawab Bersama ! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DENGAN PERKESO ? OPERASI PENGESANAN BERMULA 1 SEPTEMBER 2013. HOTLINE PERKESO 03-42575755 atau www.perkeso.gov.my | Untuk pengesahan iklan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visual iklan kain rentang tersebut. Jom Daftar sekarang! PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Tanggungjawab Bersama-sama! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DENGAN PERKESO? OPERASI PENGESANAN BERMULA PADA 1 SEPTEMBER 2013. Talian Utama PERKESO 03-42575755 atau www.perkeso.gov.my | Tatabahasa | 30.07.2013 |
Untuk iklan kain rentang (PEMBUKAAN RESMI) atau (PEMBUKAAN RASMI) | Ejaan yang betul ialah 'Pembukaan Rasmi'. | Ejaan | 17.01.2008 |
PERMOHONAN RUJUKAN BAHASA UNTUK KAIN RENTANG | Sebarang pertanyaan/permohonan iklan hendaklah dimuatkan dalam "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" ikon ketiga selepas Khidmat Nasihat Bahasa dan Pantau Tegur Bahasa. | Lain-lain | 08.06.2011 |
sila semak bahasa dalam banner ini. terima kasih | Penggunaan bahasa dalam kain rentang tersebut betul, cuma jarakkan huruf dan perkataan seperti 4.00 ptg.. Untuk semakan dan pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 22.05.2012 |
pembetulan telah dibuat dan ditambah dua jawatan lagi. nohon kerjasama untuk membuat semakan sekali lagi. Boleh kah kain rentang ini diproses seperti lampiran ini dan dihantar ke southern Ads untuk digantung? | Sila buat pembetulan. Jabatan Kualiti & Turret = Jabatan Kualiti dan Turet Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk mendapat sijil kelulusan. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
Apakah terjemahan untuk perkataan "banner" dan "bunting"? Terima kasih. | Padanan banner dalam bahasa Melayu ialah kain rentang dan bunting ialah gegantung. | Istilah | 06.10.2011 |
Salam, Perjalanan yang selamat bermula dengan anda. atau Perjalanan yang selamat bermula dari anda. Ayat adalah ini untuk digunakan di atas kain rentang pengiklanan. | Ayat yang betul ialah Perjalanan yang selamat bermula daripada anda. | Tatabahasa | 09.08.2012 |