Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ren.tas] | رنتس

Definisi : lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ren.tas] | رنتس

Definisi : ; merentas 1 melalui atau menempuh jalan yg terdekat; memintas; melintasi: Mereka berlari ~ desa. Dia ~ padang yg penuh dgn lalang. 2 membersihkan hutan utk membuat jalan; merintis: ~ jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rentas
Kata Terbitan : merentasi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi transnational crime yang sesuai? Jenayah rentas sempadan, jenayah transnasional, jenayah rentas negara?Dalam sumber rujukan kami, transnational diterjemahkan kepada rentas negeri/negara. Walau bagaimanapun dalam konteks tertentu rentas sempadan juga boleh digunakan. Oleh itu, terjemahan jenayah rentas negara atau jenayah rentas sempadan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan16.12.2017
Adakah kosa kata "pan" sudah menjadi kosa kata bahasa Melayu? Contohnya Lebuh Raya Pan Borneo. Di Singapura misalnya, Pan Island Expressway (PIE) diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE). Adakah sepatutnya Lebuh Raya Pan Borneo diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Rentas Borneo?

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, perkataan pan ialah awalan asing yang membawa maksud seluruh atau segenap dan juga alat untuk menggoreng. Perkataan pan telah diterima pakai dalam bahasa Melayu seperti dalam pan-Afrika dan pan-Asia. Jika mengikut padanan maksud ayat, Lebuh Raya Pan Borneo diterjemahkan sebagai Lebuh Raya Seluruh Borneo. Walau bagaimanpun, perkataan tersebut telah didaftarkan/ digazetkan.  

Istilah29.03.2018
Saya ingin tanya penggunaan yang tepat bagi cross cultural adalah lintas budaya, rentas budaya atau silang budaya. Sila berikan juga penjelasan maksud konsep sesuai tersebut.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi 'cross cultural' ialah silang budayaMakna10.09.2021
Bolehkah saya terjemahkan "Scripless Securities Depository System (SSDS)" kepada "Sistem Depositori Sekuriti Tanpa Dokumen" atau "Sistem Depositori Sekuriti Elektronik"? Penggunaan: Debt securities held in RENTAS are within a sub-system called Scripless Securities Depository System (SSDS).Cadangan terjemahan yang sesuai bagi Scripless Securities Depository System (SSDS) ialah Sistem Depositori Sekuriti Tanpa SkripMakna02.05.2020
1. Perkataan "wara" ialah kata nama atau kata sifat atau sebagainya? 2. Perkataan Inggeris "translingual" bermaksud diterima oleh kebanyakan bahasa contohnya "cm" . Adakah "translingual" dalam Melayu ialah "rentas bahasa" atau lain?1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wara sama maksud dengan wara-wara, pemberitahuan , pengumuman dan pengisytiharan. Berdasarkan maksud tersebut, war-war merupakan kata nama.

2. Tidak ada maklumat tetang translingual dalam data kami. Melalui carian kami di internet, translingual boleh membawa beberapa maksud antaranya,  wujud dalam pelbagai bahasa atau  mempunyai makna yang sama dalam banyak bahasa.
Tatabahasa09.06.2014
Apakah ada perbezaan di antara MERENTAS dan MERENTASI?

Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah RENTAS yang membawa maksud lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar. Proses ini menghasilkan perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan kedudukan imbuhan itu dalam perkataan. Empat jenis imbuhan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan MERENTAS dan MERENTASI ialah kata kerja terbitan yang  mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh:

  • Awalan kata kerja me- (me+rentas)
  • Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i)

Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, contoh penggunaannya:                              

  • Jejambat yang merentas/merentasi jalan kereta api itu penuh sesak.
  • Dia merentas/merentasi padang yang penuh dengan lalang.

Tatabahasa07.02.2019
salam saya nak tanya, terjemahan untuk acronym CRISP-DM “cross industy strandard process for data mining” (CRISP-DM)Kami mencadangkan istilah "Cross-Industry Standard Process for Data Mining" diterjemahkan sebagai "Proses Piawai Rentas Industri bagi Perlombongan Data" atau "Proses Standard Silang Industri bagi Perlombongan Data". Walau bagaimanapun, padanan terjemahan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.Istilah13.07.2021
ada istilah2 yang tidak dapat diperolehi. Saya mencari istilah utk frasa "cross cutting issues"Untuk makluman, istilah "cross cutting issues" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah isu lintas sektor atau isu rentas sektor.Istilah12.11.2013
Salam sejahtera, soalan saya : 1.Apakah perbezaan antara merentas dan merentasi? 2. Wendy berjalan seorang diri _______( merentas/merentasi) ladang kelapa sawit yang luas itu. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan tersebut. Sekian, terima kasih atas pencerrahan tuan.

Perkataan merentas dan merentasi ialah kata kerja terbitan yang mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh: 1. Awalan kata kerja me- (me+rentas), 2. Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i). Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, iaitu melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), memintas dan melintasi (sesuatu kawasan).  Contoh ayat: Wendy berjalan seorang diri merentas/merentasi ladang kelapa sawit yang luas itu.       

Tatabahasa24.03.2021
Assalamualaikum. Saya memerlukan beberapa khidmat nasihat untuk beberapa istilah permainan video Minecraft yang akan diterjemahkan daripada English (US) kepada Bahasa Melayu (MS). Antara istilah yang ingin disemak semula adalah: - teleport Contoh ayat : "Select a team to teleport to", "Teleport to Team Member" - portal Contoh ayat : "Build, light and enter a Nether Portal", "End Portal"Cadangan padanan terjemahan yang sesuai bagi i. teleport, ii. portal ialah i. jarak rentas, ii. portal. Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan05.02.2021
12

Kembali ke atas