Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; merenung 1. memerhatikan dgn teliti, menatap: direnungnya muka anaknya lama-lama; 2. menjenguk, menjengul: ia ~ ke luar jendela; merenungi 1. memandang baik-baik, meng­amat-amati dgn saksama, menatap(i): di­renunginya wajah Siti Salina; lama juga ia ~ kitab itu; 2. memikirkan (sesuatu masalah dll), dgn mendalam; renungan 1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan: malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk; perenungan perbuatan dsb merenung(i): ~ tentang hubungan antara manusia sbg peribadi yg berdaulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
renung
Kata Terbitan : merenung, merenungi, renungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sepatutnya sesuaikah perkataan cuba kita renung sejenak digunakan dalam karangan? Apakah maksud cuba kita renung sejenak?Frasa tersebut sesuai digunakan.Lain-lain27.12.2019
diafikir ATAU dia fikir, diarenung ATAU dia renung, diarasa ATAU dia rasa. saya terjumpa beberapa perkataan ini dalam bahan bacaan saya. saya mohon pengesahan daripada pihak DBP untuk mengesahkan, yang mana satu adalah betul. sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah dia fikir, dia renung, dan dia rasa. Perkataan 'dia' ialah kata ganti nama diri ketiga, tidak ada dalam bentuk kependekkan. Bentuk kata ganti nama diri yang dieja rapat contohnya kufikir, kurenung, kurasa, atau fikirku, rasaku adalah disebabkan 'ku' adalah kependekkan daripada kata 'aku'.Ejaan04.01.2011

Kembali ke atas