Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; hujan ~ (renyai-renyai) hujan rintik-rintik, rebas, gerimis; berenyaian keluar sedikit-sedikit (peluh), bertitik-titik; merenyai menjadi sedikit (kurang): hujan yg mulanya lebat sudah ~; merenyai-renyai; sakit ~ berasa sakit sedikit-sedikit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tidak lebat: hujan ~(-~) hujan yg tidak lebat; hujan rintik-rintik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
renyai
Rujuk :renik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Wanita itu menangis (teresak-esak / tersedu-sedu) kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. (Banyak kanak-kanak) kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. Bahagian manakah dalam ayat ini salah? Atau tiada kesalahan. 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak diperdaya) oleh lelaki hidung belang. ATAU Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak mudah terperdaya) oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu (memasakkan) sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut (adalah) peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. 10. (Sementara) itu kapal belajar juga, makin lama makin laju. 11. Kami (menemukan) beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

1. Wanita itu menangis teresak-esak kerana kehilangan suaminya yang tersayang.

2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - ayat ini betul

3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh lelaki hidung belang.

4. Ibu memasakkan sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama.

5. Berikut ialah peserta yang berjaya ke peringkat akhir.

6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu.

7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun.

8. Ken Yee tinggal di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu.

9. Para pelajar disuruh diam semasa ketiadaan guru.

10. Sementara itu kapal belayar juga, makin lama makin laju.

11. Kami menemukan beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259.

Tatabahasa24.10.2011

Kembali ke atas