Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.pot] | ريڤوت

Definisi : (répot) bp lapor; kena ~ dilaporkan; merepotkan melaporkan, memberitahukan: kehilangan motokarnya itu dgn segera direpotkan ke balai polis; repotan kenyataan yg dibuat (ditulis) ketika merepotkan, laporan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.pot] | ريڤوت

Definisi : ; ® lapor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.pot] | ريڤوت

Definisi : (répot) IB 1. banyak kerja, sibuk: ia begitu ~ mengurus dan melayani orang-orang yg datang di rumahnya; mereka akan membenarkan kita lewat tanpa ~; 2. dlm k­­e­­sukaran, berabai, kalut, kelam-kabut: orang ramai mulai ~ kerana harga beras telah meningkat naik; merepotkan menyebabkan repot; kerepotan kesibukan, kekalutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.pot] | ريڤوت

Definisi : /répot/ 1 sibuk; banyak yg mesti dibuat; ribut: Semuanya ~ pd hari pertama persekolahan. 2 dlm kesukaran; kelam-kabut: Mereka mulai ~ apabila harga minyak naik. merepotkan menjadikan repot. kerepotan kesibukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata repot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tepatkah penggunaan nama "Repot Polis" pada laporan polis yang biasa digunakan oleh Polis Diraja Malaysia?penggunaan yang tepat ialah laporan polis.Tatabahasa20.04.2008

Kembali ke atas