Salam sejahtera tuan/puan, mohon pencerahan dengan perkataan "reruai" yang difahamkan membawa maksud "booth". Adakah perkataan "reruai" ini telah diterima pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka? Terima kasih. | Salam sejahtera, Perkataan reruai telah diterima pakai oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka yang membawa maksud kawasan terbuka dan terhad, tempat mempamerkan atau mempromosikan produk atau perkhidmatan tertentu. | Makna | 15.01.2018 |
Sha Saerah Sulaiman Salam..sy mencari buku tatatertib penjawat awam.tak silap terbitan dbp | Sila hadir ke reruai DBP di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 di Dewan Tun Hussein Onn. Pesta Buku Antarabangsa KL 2017 bermula 28 April 2017 hingga 7 Mei 2017. Terima kasih. | Lain-lain | 03.05.2017 |
Alep Maleq SN 11.34 PTG Boleh sy tahu. Ada tak buku berkaitan negeri sembilan dijual di galeri DBP di festival buku antarabangsa pwtc? | Terima kasih Tuan. Sila datang ke reruai DBP di dalam Dewan Tun Hussein Onn di Pesta Buku Antarabangsa KL 2017. Ada potongan harga yang cukup istimewa. | Lain-lain | 01.05.2017 |
Selamat petang. Saya ada kemusykilan: mana satu yang betul di antara "jangan lupa untuk singgah ke booth kami" atau "janagn lupa untuk singgah di booth kami". | Salam Sejahtera. Dicadangkan, "Jangan Lupa Singgah di Reruai Kami". | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2019 |
Ahmad Insaf Syarqawi AHA 4.50 PTG Ahmad Insaf Syarqawi Ahmad Salam Dekat Pesta Buku PBKL ada jual buku Mantik dan Etnomantik karangan Dr Mat Rofa Terbitan DBP | Ada tuan. Sila datang ke reruai DBP di Dewan Tun Hussein Onn untuk memperoleh buku tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 30.04.2017 |
Ata'ain Safinaz 13:43 Assalamualaikum.sy Safinaz pelajar Uia (postgrad) yg sedang cuti semester ketika ini..boleh sy tahu adakah ada kekosongan kerja /pembantu booth utk PBAKL 2017? | Wassalam, Untuk maklumat puan/cik, tiada kekosongan kerja untuk jawatan reruai DBP PBAKL 2017. | Lain-lain | 26.04.2017 |