Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sah] | رسه

Definisi : tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah; beresah, beresah-resah berada dlm ke­adaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi; meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan; keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sah] | رسه

Definisi : tidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang, dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resah (adjektif)
Bersinonim dengan gelisah, cemas, risau, bimbang, tidak senang, renyah, kelesah, rusuh hati;,
Kata Terbitan : meresahkan, keresahan,

Puisi
 

Kalau menarah batang jati,
     Batang kenanga dikapak juga;
Alangkah resah rasanya hati,
     Sudah lama tak nampak muka.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saudara, bagaimana mendapatkan definisi perkataan 'stress' yang mudah difahami'Stress'  atau tekanan dalam bahasa Melayu bermaksud keadaan resah, cemas, tegang dsb. akibat tekanan mental atau fizikal. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 1526.   Makna30.01.2008

Kembali ke atas